WOW.. Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya

NAMPAKNYA kedatangan bulan syawal kali ini bakal disambut meriah oleh pelakon popular Rozita Che Wan sekeluarga.

Mana tidaknya, Rozita atau mesra disapa Che Ta mendedahkan telah menyediakan 20 pasang baju kurung buat dirinya untuk digayakan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang bulan hadapan.

Menurut Che Ta, dia turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan.

Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tiga beranak ini adalah 60 pasang baju.


y14_hoyn_silikonpuppe

“Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

“Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa yang sama, bintang berusia 41 tahun ini akui  teruja untuk menggayakan Aaisyah di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut.

Tahun ini, Che Ta sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Bukit Antarabangsa, Ampang dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Star, Kedah. 

0 Response to "WOW.. Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...