Dibelasah Sampai Mati Sebab Lambat Pulang Kereta Waja





Mohd Aimi menunjukkan gambar Mohd Khairee Abdullah, 28, yang parah di kepala selain patah tangan kiri akibat dibelasah sebelum meninggal dunia di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.



Johor Bahru: Seorang lelaki meninggal dunia 20 Jun lalu selepas koma empat hari akibat dibelasah kumpulan lelaki di dusun durian di Kampung Banjar, Batu 16 1/2, Sungai Tiram, di sini, gara-gara lewat mengembalikan Proton Waja dipinjam.

Mangsa, Mohd Khairee Abdullah, 28, parah di kepala selain patah tangan kiri akibat dibelasah sebelum ditahan di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.

Bagaimanapun, selepas empat hari bertarung nyawa, Mohd Khairee disahkan meninggal dunia jam 10.05 pagi, 20 Jun lalu.

Mengimbau kejadian, abang tiri mangsa, Mohd Aimi A Ahmad, 33, berkata, Mohd Khairee meminjam Proton Waja berkenaan daripada rakan namun gagal mengembalikannya mengikut masa ditetapkan.

“Saya difahamkan ketika kejadian, adik minum di gerai di Tasik Saujana, Kota Tinggi bersama tiga rakannya sebelum dia didatangi lelaki berusia 40-an yang datang bersama beberapa pemuda. – HARIAN METRO ONLINE

0 Response to "Dibelasah Sampai Mati Sebab Lambat Pulang Kereta Waja"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...