Kenikmatan syurga sukar untuk diungkapkan dan tidak akan pernah terjangkau oleh khayalan. Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang spesifikasi syurga.
Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud : “Kerikil-kerikilnya adalah mutiara dan yaqut (batu mulia), tanahnya adalah za’faran; sesiapa yang memasukinya, maka ia akan merasai kenikmatan, tidak akan putus asa, kekal abadi dan tidak mati, pakaiannya tidak akan usang dan masa mudanya tidak akan pudar.”
1. Istana-istana dan tempat-tempat tinggal
Allah s.w.t berfirman : “Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Rabbnya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, diatasnya dibina pula tempat-tempat yang tinggi yang dibawahnya mengalir sungai-sungai…” (Az-Zumar: 20)
“Jubin yang diperbuat dari emas, bekas yang diperbuat dari perak, campurannya adalah gaharu yang amat kuat aromanya.”
2. Rumah Ahli Syurga
– Didalam syurga terdapat rumah sebagaimana firman Allah s.w.t. :
“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih menanti di dalam rumah.” (Ar-Rahman :72)
Rumah ini amat menakjubkan di mana diperbuat dari mutiara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Di dalam syurga terdapat rumah yang diperbuat dari mutiara yang berlubang, lebarnya enam puluh batu, setiap penjurunya terdapat penghuni (bidadari) yang belum pernah melihat orang lain dan mereka disenggamai oleh seorang mukmin.” (HR. Muslim)
3. Pepohonan dan Buah-buahan Syurga
– Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita bahawa di dalam syurga terdapat pepohonan yang banyak, diantaranya anggur, kurma dan delima, sebagaimana juga terdapat pepohonan bidara dan pisang.
Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan, (iaitu) kebun-kebun dan buah anggur.” (An-Naba: 31-32)
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada diantara pokok bidara yang tidak berduri, dan pokok pisang yang tersusun-susun (buahnya).” (Al-Waqi’ah:27-29)
4. Burung-burung dan Binatang-binatang Melata di Syurga
-Di dalam syurga juga terdapat burung-burung dan binatang-binatang melata, dimana tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman mengenai kenikmatan yang dirasakan para penghuni syurga :
“Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (Al-Waqi’ah: 21)
5. Sungai-sungai dan Mata Air di Syurga
– Allah s.w.t menceritakan kepada kita bahawa di bawah syurga mengalir sungai-sungai :
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sunga-sungai didalamnya…” (Al-Baqarah: 25)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (berdekatan) mata air-mata air (yang mengalir).” (Al-Hijr: 45)
6. Pakaian Ahli Syurga
– Di dalam syurga, para ahli syurga akan memakai pakaian yang mewah, berhias dengan pelbagai jenis perhiasan seperti emas, perak, dan mutiara. Pakaian mereka itu diperbuat dari sutera, sebagaimana firman-Nya :
“Di Syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara dan pakaian mereka adalah sutera.” (Al-Hajj: 23)
7. Singgahsana dan Keluarga Ahli Syurga
– Istana-istana syurga dan tempat-tempat duduk di taman-taman dan di kebun-kebunnya dipersiapkan dengan hamparan yang berwarna-warni mewah dan menawan.
Allah s.w.t berfirman : “Di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan, dan gelas-gelas yang terletak (berdekatannya) dan bantal-bantal sandaran yang tersusun dan permaidani-permaidani yang terhampar.” (Al-Ghasyiah: 13-16)
8. Para Pelayan Ahli Syurga
– Di Syurga, para ahli syurga dilayani oleh anak-anak muda yang diciptakan Allah s.w.t untuk melayani mereka. Mereka itu teramat tampan dan sangat sempurna.
Allah s.w.t berfirman : “Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda. Dengan membawa gelas, cerek dan gelas (piala) berisi minuman yang diambil dari mata air yang mengalir.” (Al-Waqi’ah: 17-18)
“Allah s.w.t berfirman, ‘Aku telah menyuapkan bagi para hamba-Ku yang soleh apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terdetik oleh hati manusia.’ maka bacalah, jika kamu mahu (firman-Nya)”
“Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (pelbagai jenis nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah: 17)

0 Response to "SYURGA DAN KENIKMATANNYA"
Post a Comment