Cara Mendidik Anak Menjadi Soleh dan Solehah – Anak yang soleh bermaksud anak yang ‘baik’. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)
Cara -cara menjadikan anak soleh dan solehah
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca Al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

0 Response to "CARA MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH DAN SOLEHAH"
Post a Comment