SEDIH DAN ADA HIKMAH. NAK TOLONG TETAPI DI MAKI AZWAN ALI



Siapa yang tak kenal dengan figura yang menggelar dirinya Diva AA iaitu Azwan Ali, seorang pengacara dan pelakon sensasi.
Sejak dari dahulu, Azwan sememangnya tak pernah kontang dari kontroversi malahsering dikritik kerana keceluparan mulutnya sama ada melalui siaran media televisyen dan akhbar mahupun di media sosial.
Dalam cerita terkini, Azwan dijadikan bahan lawak di ruang Internet setelah tindakannya memaki seorang peminat wanita mendapat perhatian awam.
Dihamun olehnya itu sesuatu yang biasa buat netizen, namun yang kelakarnya, mangsa kepada Diva AA kali ini tidaklah melakukan apa-apa provokasi pun, malah berniat baik kerana cuba membantu Azwan.
Ceritanya, bekas pengacara program gosip nombor satu, Melodi, itu telah mengemas kini status laman Twitter peribadinya dengan bertanyakan cadangan tempat bagi mendapatkan stik terbaik untuk berbuka puasa.
Tulisnya, “Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?”
Tweet tersebut kemudiannya dibalas oleh salah seorang peminatnya, Nur Azira dengan menulis, “menate”.
988572_10154333000169572_7114154785769099607_n
Tak lama lepas tu, Azwan membalas cadangan tersebut dengan bertubi-tubi makian.“Sundal bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak neraka?”
Fuhh! Memang berapi betullah Diva AA apabila pengguna tersebut tulis menate. Bagi loghat tertentu, menate itu seerti dengan perkataan binatang.
Ops! Jangan mudah membuat kesimpulan. Rupa-rupanya, wanita berkenaan tidak mengutuk mahupun bergurau kasar dengan Azwan tetapi memberi cadangan yang diminta Azwan sebelum itu. Menate sememangnya wujud dan antara tempat terbaik untuk mendapatkan stik yang diidamkan Azwan.
Me’nate Steak House merupakan sebuah restoran stik eksklusif yang dimiliki oleh Mustaffa Othman, bekas pakar daging di Istana Bukchingham di London yang terletak di Wangsa Maju dan Ampang.


10981705_10153888549539572_3919757704628199858_n
Alahai, kasihan betul dengan nasib Nur Azira. Niat murninya untuk membantu tak pasal-pasal disalah erti oleh Azwan Ali. Memang makan maki percuma lah!
Wanita tersebut kemudiannya membalas, “I means steak house MENATE la Diva. Apa ni?”
Isu tersebut kemudiannya menjadi panas di Twitter dan book dan ramai yang menempelak Azwan kerana tidak peka terhadap jawapan yang diberikan wanita terbabit.
Tak lama selepas dia dikutuk ramai pihak, Azwan mengambil keputusan untuk meletakkan mod privasi terhadap akaun Twitternya. Mungkin tak larat nak layan kerenah pengguna yang tak habis-habis mainkan isu tersebut.
Untitled

Bagi si mangsa pula, hikmah terhadap kejadian tersebut, dia telah mendapat mesej dari Me’nate Steak House sendiri yang menjemputnya sekeluarga untuk menjamu selera di situ. Ya, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu…
Pengajarannya, lain kali kita janganlah mudah melatah terhadap sesuatu perkara yang diragui kerana mungkin ada penjelasan di sebaliknya. Tambah-tambah dalam bulan puasa ini, kan elok kalau kita henti melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala seperti memaki hamun orang lain…

Related Posts :

0 Response to "SEDIH DAN ADA HIKMAH. NAK TOLONG TETAPI DI MAKI AZWAN ALI"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect