"SIKAP AZWAN ALI SEPERTI ORANG FASIK" - MUFTI PERAK


Berikutkan kontoversi yang melanda DIva Azwan ali baru-baru ini yang mengeluarkan kata-kata sesat terhadap seorang wanita yang cuba menolongnya dengan memberitahu kedai makanan yang sesuai.

Memetik kenyataannya Astro Awani, kerana tindakan itu dan tindakan balas Azawan Ali telah mendapat perhatian mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria di mana tokoh agama itu menyifatkan apa yang dilakukan oleh Azwan Ali itu seperti seorang fasik kerana itu mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam.

Tindakannya itu juga seolah-olah menggambarkan Azwan bukan sebagai muslim berpuasa.

“Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa.

“Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.

“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk.” kata mufti tersebut.

Azwan Ali bagaimanapun semalam dikatakan telah meminta maaf kepada pihak yang terlibat dicarutnya sebelum ini.

Itupun selepas dikatakan olah diugut oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah yang hendak melakukan laporan polis. - sumber

0 Response to ""SIKAP AZWAN ALI SEPERTI ORANG FASIK" - MUFTI PERAK"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...