Anak syurga ni bernama Muhammad Adam nazhan. Semasa dilahirkan adam adalah seperti bayi normal yg lain. Sejurus selepas dilahirkan di muka bumi ini, ibu kandung Adam terus membuangnya dengan memberikan Adam kepada org lain.
Sedih rasa hati melihat keadaan Adam yg masih kecil tidak tahu apa, tapi dibuang oleh ibu kandungnya sendiri. Diberikan kepada ibu angkat utk menjaga dan membesarkan Adam.
Baru sahaja nak mengenal dunia, Adam telah diduga dengan jangkitan kuman pada mata dan tangan. Pada mulanya ibu angkat Adam telah membawa Adam ke hospital dan doktor telah mengesahkan ia hanyalah sakit mata yang biasa. Sehinggalah Adam demam teruk, rupanya anak syurga ini telah dijangkiti kuman dalam darah (nama penyakitnya VP Shunt) malah telah merebak ke kepala, mata dan tangan.
Pada ketika itulah bermula detik hitam yang perlu anak syurga ini lalui. Doktor memberitahu bahawa mata Adam perlu dibuang sebelah akibat jangkitan kuman yang teruk dan tidak boleh diselamatkan lagi.
Kepalanya ditebuk untuk memasukkan tiub bagi membolehkan lebihan air dalam kepala dikeluarkan. Tangan pula dibedah kerana terdapat jangkitan kuman di situ.
Ya Allah besarnya dugaan Adam. Bayi kecil ini terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat.
Selesai melakukan pembedahan, Adam dibenarkan pulang ke rumah. Disebabkan ibu bapa angkat Adam kedua-duanya bekerja, Adam telah dihantar ke rumah pengasuh iaitu sepupu saya, Nurliyana Ghani yang diamanahkan untuk menjaga Adam saban hari.
Adam dianggap sebagai anak sendiri dan telah mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Adam.
Suatu hari kami dikejutkan dengan berita ibu angkatnya telah bercerai dengan suaminya. Disebabkan bengang dan marah kerana telah diceraikan, ibu angkat Adam telah mengambil keputusan untuk menjual Adam dengan harga RM10,000!
Ya Allah, manusia jenis apa yang menjual anak?! Pengasuhnya telah mempertahankan Adam daripada dijual. Berpakat dengan suaminya dan bapa angkat Adam untuk membela dan membesarkan Adam. Apalah dugaan bayi kecil ini, sudahlah dibuang ibu kandung, diduga dengan penyakit kronik sehingga buta dan sekarang nak dijual oleh ibu angkatnya.
Ya Allah, beratnya dugaan yang kau berikan kepada anak kecil ini. Semakin hari keadaan Adam semakin teruk. Kepalanya semakin membesar. Ibu asuhannya terpaksa berulang alik dari Mentakab ke HKL. Doktor mengesahkan tiub yang dimasukkan ke kepala adam tidak berfungsi dan pembedahan kedua di tempurung kepala harus dilakukan segera untuk mengeluarkan lebihan air di kepala Adam. Sekarang pembedahan dah pun dijalankan.
Akan tetapi Adam harus dibawa ke HKL dengan kerap. Memandangkan Ibu asuhannya tidak bekerja dan suaminya pula hanyalah seorang askar, pendapatan mereka tidak dapat menampung kos perubatan Adam. Kos pengangkutan untuk ulang alik dari Mentakab, Pahang ke Kuala Lumpur.
Dengan keadaan Adam memang keluar masuk hospital. Sudilah kiranya sahabat-sahabat sekalian membantu anak syurga ini dengan memberikan sumbangan ikhlas kepada Adam.
Sumbangan saudara saudari sekalian bolehlah disalurkan kepada ibu asuhannya. Detail bank adalah seperti berikut:
No acc: 0510441000009681 BSN (Nurliyana binti Abd Ghani)
Saya dengan rasa rendah hati meminta sahabat-sahabat sekalian sharekan kisah Adam ini di Facebook masing-masing. Sama-samalah kita membantu anak syurga ini. Moga Allah membantu kita di kemudian hari.
SUMBER: Kelly Dina
0 Response to "Sayu...Baby Comel Ini Sudahlah Dibuang, Mata Pula Kena Bedah. Ibu Angkat Pula Nak Jual Baby Ini Dengan Harga RM10,000 !"
Post a Comment