Salman Khan Bakal Meringkuk 5 Tahun Dalam Penjara


Bintang Bollywood, Salman Khan telah didapati bersalah di dalam sebuah kes langgar lari yang telah menyebabkan kematian. Kejadian tersebut telah berlaku 12 tahun lalu di Mumbai di mana Salman Khan telah melanggar (running over) 5 orang lelaki yang sedang tidur di tepi jalan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mangsa meninggal dunia. Salman Khan sebelum ini menafikan dirinya memandu kenderaan terbabit ketika kejadian berlaku. salman khan guilty
Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan yang Salman Khan telah memandu kereta terbabit dalam keadaan mabuk selepas pulang daripada sebuah bar untuk minum. Dengan kesalahan ini, Salman Khan boleh dipenjarakan selama 10 tahun yang pastinya akan mencacatkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
salman khan guilty
Pastinya keputusan mahkamah ini mengejutkan jutaan peminat Salman Khan di seluruh dunia. Namun keadilan tidak mengenal usia, pangkat, status ataupun rupa. Pihak yang bersalah seharusnya mendapat hukuman yang setimpal. Apa pula kata anda? Sumber CNN.

Related Posts :

0 Response to "Salman Khan Bakal Meringkuk 5 Tahun Dalam Penjara"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect