Malaysia Semakin Terkenal Di Dunia Sebagai Dalang Penyeludupan Manusia

KUALA LUMPUR: Wang Kelian, satu daripada dua sempadan menyeberangi pekan di Perlis, sebelum ini mungkin sunyi sehinggalah rahsia terkubur sejumlah 139 mangsa pemerdagangan manusia, dibongkar.


Mungkin tidak sepopular pekan sempadan seperti Padang Besar, pekan sunyi ini menjadi terkenal apabila rahsia lain mula tersingkap satu persatu.

Cerita rakyat yang tersebar di kalangan penduduk adalah ‘mungkin ada monyet besar atau gorila yang tinggal dalam hutan berdekatan’ sehinggakan ahli politik sendiri yang memberinya makan.

“Cerita rakyat ini sudah lama tersebar tetapi tidak ada seorang pun yang tampil dan mengaku mereka pernah nampak seekor mamalia besar keluar masuk dari hutan simpan,” kata bekas pegawai Pasukan Gerakan Am kepada The Rakyat Post.

Malah penduduk tahu ada ahli politik di Perlis yang selalu keluar masuk ke hutan simpan bersama pengawal peribadi untuk memberi makan monyet gorila ini.


Gorila jantan di pergunungan Sabyinyo di Rwanda. Gorila dikatakan menjadikan Afrika Tengah sebagai habitat mereka tetapi ada penduduk kampung di Wang Kelian percaya terdapat gorila jenis ini di hutan tebal di sempadan Malaysia-Thailand.

Gorila jantan di pergunungan Sabyinyo di Rwanda. Gorila dikatakan menjadikan Afrika Tengah sebagai habitat mereka tetapi ada penduduk kampung di Wang Kelian percaya terdapat gorila jenis ini di hutan tebal di sempadan Malaysia-Thailand.

Walaupun monyet jenis ini dikatakan tinggal di hutan Afrika Tengah, ramai penduduk tempatan percaya, primat ini ujud dalam hutan tebal di sempadan Malaysia-Thailand.

“Secara peribadi, pasukan Gerakan Am tidak pernah terlihat mana-mana primat besar tetapi kalau benarlah cerita ini, saya tak salahkan mereka sekiranya mereka tidak mahu bertembung dengan mamalia berkenaan.”

Bekas polis yang berkhidmat di Wang Kelian dengan Pasukan Gerakan Am ketika melakukan pemantauan pada pertengahan tahun 90-an berkata, balai polis yang kecil itu sering menjadi pangkalan operasi untuk anggota yang perlu masuk ke hutan.

Dua briged utara batalion Pasukan Gerakan Am ditugaskan untuk mengawal sempadan secara bergilir-gilir, termasuk unit elit Senoi Praaq.

“Kawasan hutan tebal itu berbukit-bukit dan disebabkan sempadannya rapat, tersilap langkah sahaja, anggota bersenjata kita boleh termasuk ke sempadan Thailand,” katanya.

“Terdapat beberapa kejadian dan antara yang sering dilaporkan adalah kes lima pegawai ukur topografi yang ditahan di Thailand kerana ‘termasuk’ ke sempadan negara itu ketika mereka menyeberangi sungai selebar satu meter tanpa membawa apa-apa dokumen.

“Lebih menyulitkan lagi, mereka semua mengenakan pakaian samar hutan.”

Pegawai yang sudah pencen itu turut menerangkan, terowong yang menjadi buah mulut orang ramai merupakan terowong lama yang dibina oleh komunis ketika zaman darurat untuk mereka keluar masuk ke negara ini.

“Maka untuk mengatakan bahawa ia dibina oleh sindiket pemerdagangan orang itu, susah nak percaya.”

Tetapi, katanya, ada terowong yang agak besar di mana binatang ternakan seperti lembu boleh diseludup kerana ia boleh dijual dengan harga lebih tinggi di negara ini.

Sementara itu, ‘tentera semut’ adalah perkataan yang digunakan untuk menerangkan penyeludup yang ‘berjalan’ keluar masuk ke negara ini dengan membawa beras wangi atau barang-barang keperluan rumah tanpa rasa bersalah.

“Wang Kelian merupakan destinasi popular untuk penduduk tempatan dan warga Thailand kerana mereka boleh berniaga di hujung sempadang masing-masing,” katanya.

“Dahulu, kedua-dua kerajaan ada mengeluarkan dokumen untuk penduduk di kedua-dua negara keluar masuk supaya mereka boleh membeli belah di pekan sempadan masing-masing.”

Satu tempat yang dikenali sebagai Tangga Seratus mengambil nama sempena seratus anak tangga menuju ke puncak bukit yang agak curam di mana pendaki boleh menikmati pemandangan menarik di bahagian Thailand.

“Dan sudah pasti tempat-tempat begini ada kepercayaannya dan di Tangga Seratus, penduduk percaya ada penunggu dan pengunjung dinasihatkan supaya tidak bermulut celupar.

“Sekiranya semah tidak dibuat sebelum menaiki bukit, mereka percaya akan ada perkara buruk yang akan berlaku atau seseorang itu akan jatuh sakit apabila pulang,” katanya.

Kenyataan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di dalam mstar online:


Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarSIK: Rakyat Malaysia bukan dalang walaupun mereka mungkin terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia di sempadan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Mereka mungkin mempunyai pengetahuan tentang aktiviti pemerdagangan dan boleh menjadi rakan sejenayah tetapi mereka bukanlah orang yang merancangnya,” kata Wan Junaidi di Depot Tahanan Imigresen Belantik.

Beliau menyifatkan modus operandi sindiket pemerdagangan manusia itu sama dengan perhambaan Afrika di Amerika pada abad ke-17.

“Seperti manusia dieksport ke Amerika Syarikat ketika itu, apa yang berlaku itu betul-betul sama dengan apa yang berlaku di sini dan ia memerlukan satu penyelesaian antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar.

Mengenai tahanan yang ditempatkan di Belantik, Wan Junaidi berkata kerajaan membelanjakan RM18,642 sehari untuk makanan empat kali sehari kepada 2,868 warga asing.

Depot Belantik mempunyai kapasiti 1,000 tetapi kini menempatkan 1,107 pelarian Rohingya yang tiba di Langkawi beberapa minggu lalu.

Mengenai isu pelarian Rohingya tanpa negara, Wan Junaidi berkata banyak kedengaran cakap-cakap politik tetapi proses penghantaran pulang pendatang sangat perlahan.

“Bukan mudah untuk melakukannya dan Myanmar tidak akan berkerjasama dengan kami.

“Saya telah bertemu duta mereka dan adalah sukar untuk berbincang dengan mereka. Mereka menghadkan perbincangan mengenai perkara ini,” kata Wan Junaidi yang terdahulu pergi ke Wang Kelian, Perlis untuk memeriksa kerja-kerja dan proses pemindahan kubur.

0 Response to "Malaysia Semakin Terkenal Di Dunia Sebagai Dalang Penyeludupan Manusia"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...