3 Tahun Kurung Anak Isteri Dalam Tandas
India – Gila. Seorang suami sanggup mengurung isteri dan anak perempuannya di dalam tandas selama tiga tahun selepas marah dengan wanita itu kerana gagal melahirkan anak lelaki.
Sepanjang tempoh itu, si isteri, Priyanka, 32, dan anaknya Pamesha yang berusia 10 tahun turut didera oleh Rameshwar Rao, 40, dan dua beranak itu hanya diberi minum air kosong serta nasi semata-mata.
Mereka juga diikat pada mangkuk tandas dan rantai itu hanya dibuka apabila Priyanka dan Pamesha mahu menggunakannya.
Rameshwar yang juga seorang akauntan turut merogol isterinya dan keadaan bertambah buruk apabila wanita itu tidak mengandung.
Dua beranak itu hanya diselamatkan setelah bapa Priyanka, iaitu Raj Narayan dan rakannya melawat mereka secara mengejut. Mereka menemui dua beranak itu diikat di dalam tandas.
Menurut polis, Priyanka dan Pamesha tidak melihat cahaya matahari sejak tiga tahun lalu dan keadaan kesihatan mereka sangat teruk.
“Mereka hidup tersiksa di dalam tandas tetapi si suami pula menjalani kehidupan normal yang baik bersama dengan ibu bapanya yang turut menetap di situ,’’ kata polis.
Polis juga tidak dapat mengambil tindakan ke atas’ Rameshwar memandangkan Priyanka enggan membuat laporan.
Malah wanita itu juga mahu terus menetap di rumah terbabit.
0 Response to "3 Tahun Kurung Anak Isteri Dalam Tandas"
Post a Comment