JIKA MALAYSIA MEMBENARKAN PENGGUNAAN GANJA, BERSEDIAKAH KITA? | Sebut sahaja ganja sudah pasti kita terbayang keburukannya kerana ianya sering digunakan untuk di jadikan bahan khayal dan berseronok. Di sebalik semua itu tahukah anda tentang kebaikan daun ganja itu? Benarkah ganja membuatkan seseorang itu menjadi bangkai bernyawa? Adakah ganja juga membuatkan engkau stim semata-mata dan mendatangkan kemudaratan?
Artikel dari laman web Sinar Harian yang ditulis oleh Dr Bahrain Samah turut menjelaskan mengapa ganja sesuai untuk tujuan perubatan berbanding dengan ubat-ubatan lain. Itupun kalau engkau rajin membaca hehe.
Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat juga telah mengambil langkah drastik dengan menghalalkan ganja di 24 daerah untuk tujuan perubatan. Ini bukan sekadar omong kosong atau sembang kedai kopi, ganja sebagai ubat telah dibuktikan secara saintifik dan hasilnya memang mujarab.
Tahukah anda bagaimana rokok ganja dihasilkan? Di bawah ialah sebuah kilang pembuatan rokok ganja untuk tujuan perubatan di California.
Bukan itu sahaja, jenayah kartel rugi besar bila ganja di halalkan kerana mereka tidak lagi menguasai pasaran ganja lantas dapat mengurangkan kadar jenayah. Penghalalan jualan ganja ini dilakukan oleh pihak kerajaan tempatan Colorado bagi mengawal sindiket jenayah terancang yang selama ini mendapat keuntungan dengan penjualan ganja secara haram.
Ganja kini boleh dibeli secara terbuka di farmasi-farmasi terpilih dan menghisapnya pula bukan lagi dianggap jenayah. Menurut aktivis legalisasi ganja apa yang berlaku di Colorado adalah langkah yang sangat dialu-alukan. Penghisap ganja dapat menghisap Mary Jane tanpa takut disumbat kedalam penjara dan kerjaan mendapat keuntungan melalui kutipan cukai.
Masalah yang timbul setakat ini ialah harga ganja yang lebih mahal dari harga pasaran biasa akibat cukai. Tetapi penghisap ganja Colorado merasakan adalah lebih baik bayar lebih kepada kerajaan dari memberi keuntungan kepada sindiket jenayah terancang.
Kesimpulannya, adakah Malaysia sudah bersedia untuk menghalalkan penggunaan ganja untuk kegunaan tertentu? Paling penting sekali adakah rakyat Malaysia sudah cukup bersedia untuk menerima perubahan ini? Sila kongsikan pendapat dan pandangan anda.
0 Response to "JIKA MALAYSIA MEMBENARKAN PENGGUNAAN GANJA, BERSEDIAKAH KITA?"
Post a Comment