CABUT 'STICKER' KELAB UNTUK JAGA KESELAMATAN


CABUT 'STICKER' KELAB UNTUK JAGA KESELAMATAN | KUALA LUMPUR: Berikutan kemalangan yang meragut 3 nyawa di lebuhraya DUKE pada 2 Mei lalu, Familia Myvi Club Official (FMC) mengeluarkan satu kenyataan di laman sosial Facebook mereka, ahli-ahli kelab itu dinasihatkan mencabut pelekat kelab mereka kerana dikhuatiri keselamatan diri dan kereta akan terancam.

“Setelah dinasihatkan oleh pihak Umno sendiri yang sudi memberi khidmat nasihat pada FMC, kami semua bersepakat untuk mencabut sticker kelab kami untuk keselamatan diri dan kereta masing-masing,” kata Yana dalam kenyataan yang dimuat naik malam tadi.

Pada masa sama, Yana juga membalas komen negatif pengguna Facebook yang mengecam mereka dengan memberikan nombor akaun Maybank adik mangsa Muhammad Faizznur Asyraf Husain.

“Takde guna kau orang semua menghentak kami semua berbekalkan sebuah papan kekunci. Apa kau dapat? Kosonggg.

“164799190478 Maybank Muhammad Faizznur Asyraf Husain.

“Nah. Tutup mulut, patahkan papan kekunci kau orang, dan bagi sumbangan pada keluarga yang terkorban,” katanya.

Yana juga menyatakan bahawa pihak mereka akan membuat satu sidang akhbar untuk menjelaskan keadaan.

“Insyaallah dalam masa terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan keadaan.

"Terima kasih pada pihak UMNO yang memberi khidmat nasihat dan bantuan pada group kami,” kata Yana.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada akaun Facebook berkenaan merujuk anggota kumpulan berkenaan atau tidak.

Related Posts :

0 Response to "CABUT 'STICKER' KELAB UNTUK JAGA KESELAMATAN"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect