Vokalis kumpulan rock popular, Amy Search berniat untuk membuka lebih banyak lagi sekolah tahfiz pada masa akan datang selepas berjaya membuka sebuah sekolah Tahfiz, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di Sungai Buloh pada awal tahun 2014.

Sekolah tersebut dibuka oleh Amy Search secara kecil-kecilan bersama seorang rakan dimana ia menempatkan seramai 15 orang pelajar tahfiz.
Sekolah Tahfiz tersebut dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh. Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai.Pada masa sekarang biar saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan.
Buat Amy beliau menganggap pembukaan sekolah tahfiz berkenaan adalah salah bekalan amalan di dunia dan di akhirat. Namun, beliau tidak mempunyai sebarang rencana untuk meninggalkan bidang muzik dalam masa terdekat.
Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat.Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah.

0 Response to "Amy Search Mahu Buka Lebih Banyak Sekolah Tahfiz"
Post a Comment