AirAsia Tawar Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan


KUALA LUMPUR Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan tambang serendah RM8 sehala untuk penerbangan ke destinasi domestik bersempena bulan Ramadan tahun ini.

AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, tawaran itu dibuka bermula dari 15 Jun hingga 15 Julai 2015.

Destinasi Indonesia dan Brunei juga termasuk dalam promosi istimewa ini dengan tambang hanya RM59 sehala.

Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan di laman airasia.com bermula 1 hingga 7 Jun 2015 dan mereka boleh juga menempah melalui applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti android serta laman mobile.airasia.com, kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, AirAsia X selaku syarikat penerbangan jarak jauh di bawah Kumpulan AirAsia turut menawarkan tambang promosi bermula dari RM299 sehala ke pelbagai destinasi menarik di Jepun, Taiwan dan Australia bersempena Ramadan.

Kata kenyataan itu, tempoh tempahan juga bermula dari 1 hingga 7 Jun tetapi dengan tempoh perjalanan yang lebih panjang dari 2 Jun hingga 30 September 2015.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee dalam kenyataan sama berkata, Ramadan adalah bulan di mana orang ramai bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri dan tambang istimewa itu dapat membantu mereka merancang perjalanan.

Bagaimana pula dengan penerbangan ekstra semasa Hari Raya? Kami sedang membuat pelan dan semestinya tambang rendah setiap hari kami terus tersedia semasa musim perayaan, katanya.


0 Response to "AirAsia Tawar Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...