VIRAL ! Gadis Dan Makcik Layan Vape Dikritik Ramai. TIDAK MALUKAH ?!
PUTRAJAYA - Gambar dua gadis dan seorang makcik usia pertengahan tahun melayan vape (rokok elektronik) tersebar di media sosial dan dikritik hebat oleh netizen.
Mana tidaknya, perbuatan mereka itu jelas sekali menjejaskan imej seorang wanita yang dianggap lemah lembut dan baik akhlaknya.
Kata netizen, bukan soal vape membahayakan kesihatan tetapi bolehkan masyarakat kita menerima kelakuan wanita menghembus-hembus asap secara bebas seperti golongan lelaki yang merokok.
"Wanita ini, sebaik-baiknya tidak melayan benda-benda seperti ini. Bayangkan saja jika sebelum kahwin mereka sudah melayan vape. Bila kahwin nanti, bolehkah si suami menerima isterinya menghembus asap vape di sana sini di rumah mereka?
"Lagi pun, masih tiada kajian yang mengesahkan rokok elektronik ini selamat meskipun kandungan flava yang diambil itu didakwa hanya mengandungi air dan sedikit perisa buah-buahan atau perisa-perisa yang lain.
"Apa yang kita bimbang ialah, ia akan memudaratkan golongan wanita lebih-lebih lagi pada mereka yang mengandung. Juga tertulis di botol flava itu sendiri elakkan asap rokok elektronik ini dihidu oleh kanak-kanak dan wanita mengandung," kata netizen.
Ada segelintir pula berpendapat, mungkin mereka mahu mencuba berikutan dakwaan yang mengatakan vape ini selamat dan tidak memudaratkan serta kandungan nikotin rendah dari rokok tembakau atau tiada nikotin langsung.
Bagaimanapun, amatlah tidak manis jika wanita melayan rokok elektronik ini. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "VIRAL ! Gadis Dan Makcik Layan Vape Dikritik Ramai. TIDAK MALUKAH ?!"
Post a Comment