SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden MIC, G. Palanivel kerana menyalahkannya dalam krisis parti India itu.
Najib akan panggil Palanivel beri penjelasan Twitter Najib |
Sebaliknya tulis Perdana Menteri lagi, pemimpin India itu perlu patuh kepada keputusan mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam menyelesaikan kemelut pemilihan parti itu.
"Saya akan panggil Datuk Seri Palanivel untuk menjelaskan komennya yang dilaporkan di PWTC.
"Beliau (Palanivel) sepatutnya berhenti menyalahkan pihak lain, dan perlu menerima keputusan mahkamah dan ROS," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.
Semalam, Palanivel dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyalahkan Najib kerana menyebelahi RoS yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.
0 Response to "Najib akan dipanggil beri penjelasan"
Post a Comment