"Larang Kedai Mamak Beroperasi 24 Jam Adalah Kenyataan Seperti Badut Sarkas" - Prof Agus



Saya tidak tahu untuk ketawa atau menangis apabila membaca kenyataan menteri yang mahu melarang kedai mamak beroperasi 24 jam sehari. Kata menteri, hal ini perlu dikaji kerana kedai yang beroperasi 24 jam sehari inilah antara punca berlakunya kegemukan rakyat dan peningkatan gejala sosial.

Saya bertanya: bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang dibuka sampai ke pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?


Jika ditutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan perut rakyat yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak rakyat untuk makan dan berniaga?

Oleh itu, apabila timbul desas desus PM akan melakukan rombakan kabinet, saya mengalu-alukannya. Lantiklah menteri dari kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan. Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.

Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut sarkas. Semoganya.

0 Response to ""Larang Kedai Mamak Beroperasi 24 Jam Adalah Kenyataan Seperti Badut Sarkas" - Prof Agus"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...