Mungkin ramai yang beranggapan jika ingin berjaya, kita harus belajar pandai-pandai, masuk universiti, sebab peluang kita cerah untuk berjaya.
Tapi tak semestinya, ya! memang kita berjaya di dunia tetapi belum tentu berjaya diakhirat kelak. Ramai juga yang beranggapan bahawa belajar tinggi-tinggi kita disanjung, namun bila habis belajar kdan menganggur lama sikit, kita dihina.
Orang juga akan selalu pertikai yang kita dah bazir duit dan masa untuk belajar bertahun-tahun ini. Namun, lupakah mereka yang menuntut ilmu itu juga satu ibadah?
Selami kisah seorang bekas pelajar MRSM ini yang pada mulanya disanjung kemudian dihina apabila dia membuat keputusan untuk melepaskan segala perihal dunia.
Dulu Selalu Dapat No 1 Masa Sekolah, 5A UPSR, 8A PMR, Dapat Tawaran Masuk MRSM, Semua Puji
Dapat Tawaran Kursus Medic. Tapi Bila Saya Tolak Keduniaan, Semua Orang Mencemuh Saya
Di Dunia Bila Kita Kaya, Orang Anggap Kita Berjaya. Bila Kita Kejar Akhirat, Orang Anggap Kita Gila
Pencapaian Saya Dapat DULU, Tidak Gembira Seperti Ini
Inilah lumrah manusia, kebanyakkan antara mereka memandang tinggi pada hal duniawi. Namun kurang didengar bila seseorang itu mahu mengejar dunia akhirat.
P/S : Admin difahamkan kisah ini merupakan kisah daripada akaun saudara Ibn Batoota, bukan dari Ma Ha Di. Namun kisah ini sebenarnya kalau diamati, ada pro dan kontranya. Kita pun tahu, ilmu duniawi dan ukhrawi perlu seimbang antara satu sama lain. Kalau sambung belajar dalam bidang kedoktoran, anda boleh menyelamatkan ramai nyawa saudara seagama dan keinsananan. Ini adalah profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh agama.
Bagi admin, biarkanlah anda jadi doktor sekalipun. dalam masa yang sama kalau nak jadi penggali kubur pun dipersilakan. kalau ada kematian, tolong saja uruskan si mati di tanah perkuburan dengan jawatankuasa qariah kampung yang telah dilantik. pahala tak berkurangan. malah ilmu pun dapat.
0 Response to "Kisah Sayu Pelajar MRSM Yang Bijak Namun Akhirnya Menjadi Penggali Kubur Ini Dicemuh Ramai Orang"
Post a Comment