ALIF SATAR BAHAGIA DI SISI ALISHA ANUGERAH | Kehidupan penyanyi dan pengacara, Alif Satar dan isteri, Shadila Halid seumpama telah lengkap apabila mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 31 Mei lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.
Pasangan ini sepakat menamakan anak mereka dengan nama Alisha Anugerah yang membawa maksud 'dilindungi oleh Tuhan'. Menurut Alif nama tersebut juga merupakan gabungan namanya bersama isteri dan tidak sangka nama tersebut memberi makna yang begitu menarik.
Sepanjang isterinya berpantang juga, Alif telah menguruskan sendiri anak kesayangannya dan dia tidak sedikit pun merasa kekok malah gembira melakukan rutin tersebut.
"Saya tidak kekok mandi dan jaga anak kerana sebelum ini pernah ada pengalaman menjaga adik sewaktu kecil. Sewaktu mama saya bersalin, sayalah kena menjaga adik tambahan beza jarak usia kami sebanyak lapan tahun.
"Dari situ saya belajar dan sedikit pun tiada perasaan geli untuk membasuh najis atau sebaliknya ketika menguruskan anak saya sendiri," jelas Alif.
Dalam pada itu, Alif juga tidak keberatan untuk mendedahkan wajah anak kepada umum sejurus selepas kelahirannya.
"Tujuan saya memuat naik gambar anak sekadar mahu berkongsi kegembiraan bersama peminat yang sentiasa mendoakan isteri selamat bersalin. Tetapi apa yang dimuat naik haruslah ada hadnya agar tidak mahu disalah erti.
"Saya juga tidak pernah terfikir untuk jadikan anak sebagai perhatian ramai. Bagi saya yang penting cara didikannya yang diberikan kepadanya nanti sepertimana didikan yang saya terima dari kedua ibu bapa," akhiri Alif merasakan rezekinya semakin murah dengan kehadiran puteri sulungnya ini.
sumber
http://ift.tt/1dVOil3
http://ift.tt/1K2uw5i

0 Response to "ALIF SATAR BAHAGIA DI SISI ALISHA ANUGERAH"
Post a Comment