Muar
: Seorang jururawat yang hamil maut selepas kereta dipandunya terbabit
dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta dan sebuah motosikal di
Kilometer 32, Jalan Muar-Segamat, di sini, hari ini.
Ketua
Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak, berkata dalam
kejadian pada jam 6.45 pagi itu, Nor Farhana Ali, 32, yang hamil 17
minggu meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah,
di sini.
"Ketika
kejadian, mangsa bersama seorang anak lelaki berusia tiga tahun yang
menaiki Perodua Myvi dari arah Muar menghala ke Segamat dipercayai
hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
"Kereta
Toyota yang dinaiki seorang lelaki dan dua wanita yang masing-masing
berusia lingkungan 50-an, cuba mengelak ke kiri bahu jalan tetapi
dirempuh kereta mangsa menyebabkan kenderaan itu terbabas masuk ke dalam
parit," katanya ketika dihubungi.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas merempuh belakang kereta Toyota itu.
Katanya,
Nor Farhana yang bertugas di Hospital Segamat meninggal dunia kerana
kecederaan parah pada anggota badan manakala anaknya itu mengalami patah
tangan.
Mohd Salleh berkata, pemandu dan penumpang kereta Toyota tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 Response to "Sayu : Jururawat hamil 4 bulan maut kemalangan "
Post a Comment