#ISU pergaduhan di pusat beli-belah gajet, Plaza Low Yat pada 11 Julai lalu telah menjadi topik bualan terhangat sepelusuk Malaysia.
#Bermula dengan kes kononnya seorang pemuda Melayu dipukul oleh sekumpulan peniaga Cina hanya kerana ingin menuntut haknya sebagai pengguna yang ditipu, ia kemudian menjadi besar apabila melibatkan isu perkauman.
#Di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, ramai yang menyeru agar pihak pengguna memboikot jualan barangan elektronik yang dikatakan bukanlah barang tulen serta penipuan-penipuan lain yang sering dihadapi orang awam ketika berurusan di situ.
Setelah menjadi topik perbincangan selama hampir seminggu, amarah ramai pihak mulai reda dan isu perkauman makin kurang dimainkan.
Namun semalam, isu tersebut kembali diperkatakan apabila laporan berita dari stesen televisyen swasta NTV7, secara tidak sengaja memaparkan tindakan seorang wanita menampar salam yang dihulurkan seorang pegawai Melayu.
Melalui klip yang dimuat naik di laman Youtube itu, ia bermula dengan rakaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup membuat lawatan di premis-premis di Low Yat.
Pada satu ketika, seorang pegawai Melayu yang dikatakan mengiringi menteri itu dilihat menghulurkan tangan kepada seorang pekerja di sebuah premis untuk bersalaman.
Namun, wanita terbabit bertindak biadab apabila dia menampar huluran salam tersebut!
Lantas itu, ramai yang mengkritik tindakan wanita tersebut yang dilihat seolah-olah tidak menghormati tatasusila, malah ada yang beranggapan, ia menunjukkan si polan sengaja melakukan provokasi untuk memanjangkan isu sebelum ini.
Kalau difikirkan, atas alasan apa dia perlu bertindak berlaku biadab seperti itu? Adakah atas niat hendak berguarau ataupun ada ‘udang di sebalik batu?’
Apa-apapun, buat warga Malaysia, penyebaran klip tersebut tidaklah patut dijadikan satu alasan untuk sekali lagi bertindak menyerbu Low Yat dan melakukan kekerasan, seperti yang terjadi pada malam 12 Julai lalu.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya bertanggungjawab memelihara keharmonian yang sudah bersemi sejak sebelum merdeka sehingga kini. Takkanlah kerana isu picisan, kita sanggup menggadai nyawa dan berbalah? Fikir-fikirkanlah.
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIRAL Rupa Wanita Tampar Salam Yang Dihulur Pegawai Melayu?"
Post a Comment