Lelaki Menangis Jumpa Hakim Rakan Sekelas


Miami – Seorang suspek perompak menangis selepas menyedari hakim yang membicarakannya adalah bekas rakan sekelasnya.

Arthur Booth dan Mindy Glazer bermain bola sepak bersama di padang sekolah mereka di Miami Beach puluhan tahun lalu.

Selepas menamatkan sekolah, Mindy meneruskan pengajian dan menjadi hakim di mahkamah Miami Dade, sementara Booth, 49, terbabit dalam dadah.

Dia mendapati dirinya berdiri di depan hakim itu dengan pakaian seragam banduan Selasa lalu.

Dia tidak cam hakim berkenaan sehingga Mindy bertanya kepadanya: “Baik Encik Booth, saya ada soalan untuk kamu. Adakah kamu bersekolah menengah di Nautilus?” - SUMBER

0 Response to "Lelaki Menangis Jumpa Hakim Rakan Sekelas"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...