Kisah Wanita Cekal OKU Ini Terpaksa Ketuk Pintu Rumah Ke Rumah Untuk Ambil Upah Mencuci Baju Di Puchong Permai



Assalammualaikum, rakan-rakan FB yang dirahmati.

Ini sahabat saya, Noridawati Husin yang merupakan wanita OKU berstatus ibu tunggal. Beliau dikenali di sekitar Puchong kerana bekerja mengambil upah menggosok dan mencuci pakaian bagi menyara hidup.

Beberapa minggu lepas beliau ditimpa kemalangan akibat terjatuh dari tangga dan satu-satunya kaki yang beliau ada terpaksa disimen. Sehingga hari ini kaki beliau itu masih bengkak dan memaksa beliau menggunakan wheelchair untuk bergerak. Kini beliau mengalami kekangan kewangan akibat terpaksa berhenti bekerja.


Mohon bantuan rakan-rakan untuk sumbangan atau zakat bagi meringankan beban beliau sempena bulan Ramadhan penuh barakah ini. Dan mohon dipanjangkan status ini. Jazakallahukhairan.

Bagi yang terlepas pandang tentang kisah hidup beliau yang dishare melalui note sebelum ini, saya copy paste di sini.

"MESEJ KEMASYARAKATAN : NORIDAWATI WANITA KUDUNG YANG KENTAL"

Kisah Noridawati Husin, 28, berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu untuk menawarkan perkhidmatan mencuci baju dan mengemas rumah cukup sinonim dalam kalangan penduduk di Flat Puchong Permai.

Dia yang kehilangan kaki kanan akibat kemalangan sewaktu berumur 12 tahun terpaksa melupakan kekurangan yang ada demi mencari rezeki bagi menyara tiga anaknya.

Noridawati ketika ditemui memberitahu bahawa kesempitan hidup memaksanya melakukan tugas berat itu keseorangan selepas ditinggalkan suami yang khabarnya turut mempunyai masalah berkaitan dadah. Dia juga hidup menumpang di rumah kakaknya bersama anak-anak yang masih kecil.

Anak bongsunya, Mohd Haikal Ramadan Rizal, 4, yang menghidap penyakit buah pinggang perlu diberi perhatian sepanjang masa terutama soal perubatan dan rawatan.

Setiap minggu purata perbelanjaan diperlukan untuk kos rawatan dan ubat-ubatannya berjumlah RM300.

“Jumlah itu cukup besar meskipun ada bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Kebajikan Ihsan Ummah.

Menurutnya, jika bernasib baik dia akan memperoleh upah hasil mencuci baju RM20 hingga RM40 sehari.

Bagi menambah hasil pendapatan, dia turut bekerja sebagai pembantu kedai di gerai baju abang iparnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun :
112308004966 - Noridawati Husin (Maybank)
162713020411 - Noridawati Husin (Maybank)
14260013716525 - Noridawati Husin (CIMB Bank)

Noridawati boleh dihubungi melalui no telefon : 0176357791

# Rasulullah s.a.w bersabda, "Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (HR. Tirmizi)

dari facebook aida hashim

0 Response to "Kisah Wanita Cekal OKU Ini Terpaksa Ketuk Pintu Rumah Ke Rumah Untuk Ambil Upah Mencuci Baju Di Puchong Permai"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...