Iklan Raya Tudung Neelofa Dikritik Tidak Cermin Sifat Sebenar Muslimah Bertudung
Neelofa dikenali sebagai seorang yang giat berniaga di samping mengacara dan berlakon. Antara produknya yang paling berjaya ialah tudung jenama Naelofar. Untuk menyambut Lebaran, jenama tudung Naelofar mempunyai koleksi Aidilfitri tersendiri.
Untuk itu, satu iklan promosi tudung raya Neelofa telah dihasilkan menampilkan Neelofa mengenakan pelbagai warna dan rekaan tudungnya. Walaupun dalam iklan ini tudung-tudung di bawah jenama Naelofar yang dikenakan oleh Neelofa kelihatan sangat cantik, dia dikritik kerana tidak menampilkan sifat muslimah yang sepatutnya.
Iklan berkonsepkan fantasi itu memaparkan beberapa orang lelaki kacak terpesona dengan kejelitaan Neelofa (atau tudung Naelofar yang dikenakan) namun aksi Neelofa disifatkan terlalu ‘gedik’ terhadap lelaki-lelaki tersebut sebagai seorang gadis bertudung.
Namun begitu, sinematografi iklan ini disifatkan cantik dengan lagu latar yang kena dan menarik. Iklan tersebut yang berjudul “Fantasia Naelofar Raya 2015″ boleh ditonton melalui video di bawah. Pada pendapat kami, sama ada anda akan sangat sukakannya, atau sangat membencinya.
Tetapi selepas melihatnya kami pun rasa ingin sambar tudung Naelofar sehelai dua kerana cantik. Apa pendapat anda?
0 Response to "Iklan Raya Tudung Neelofa Dikritik Tidak Cermin Sifat Sebenar Muslimah Bertudung"
Post a Comment