‘Fasa Mengorat Paling Indah Dalam Bercinta’! - Kamal Adli



Hubungan antara Kamal Adli dan Emma Maembong seperti main tarik tali kerana hubungan mereka semakin akrab namun tiada pengakuan mereka adalah pasangan bercinta. Maklumlah gosip Emma dan Kamal ke Hongkong telah cetuskan kontroversi. Masih ingin nafikan sedang bercinta?

Kamal Adli yang sebelum ini banyak kunci mulut telah membuka sedikit ruang untuk bercerita mengenai status hubungan mereka dan akui tidak mahu terlalu pantas melangkah ke fasa seterusnya bersama Emma Maembong.

“Kami masih tidak declare secara rasmi sebagai pasangan kekasih. Kalau sudah declare nanti saya tak nak buat biasa-biasa, saya nak buat yang gempak. Sekarang bukan tak berani (untuk declare) tapi saya seronok melalui momen-momen begini”

 emma maembong

“Saat-saat mula kenal adalah fasa yang seronok untuk saya jalani. Jangan terlalu cepat untuk ke fasa seterusnya. Masa tengah bercinta ni, masa paling best adalah masa tengah mengorat. Saya tak nak terkejar-kejar”

“Mak saya sendiri ada nasihat saya supaya bersabar untuk perkara lalu tidak berulang lagi. Saya pun hormat mak, jadi nasihat mak saya sentiasa saya jadi pegangan,”


Namun disebalik kenyataan tersebut Kamal Adli masih belum mengiyakan status hubungannya bersama Emma Membong bahkan sehingga kini peminat masih ternanti-nanti berita gembira dari mereka. Kalau betul suka sama suka, sila buat gimik yang korang bakal berkahwin. Eh!

SUMBER GOSIPMALAYSIA

Related Posts :

0 Response to "‘Fasa Mengorat Paling Indah Dalam Bercinta’! - Kamal Adli"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect