INDIA – Gara-gara enggan membayar rasuah bagi membebaskan suaminya yang ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kes tembak, seorang wanita telah dibakar oleh anggota polis di Uttar Pradesh.
Susulan itu, dua anggota polis telah digantung kerja.
Wanita itu, Neetu Dwivedi, 40, bagaimanapun meninggal dunia akibat kecederaan serius dengan 80 peratus anggota badannya melecur.
Namun sebelum meninggal dunia, dia sempat memaklumkan kepada wartawan dan majistret di hospital bahawa dua anggota polis telah meminta wang daripadanya sebanyak RM5,000 bagi tujuan membebaskan suaminya dengan segera.
Apabila dia enggan memberikan wang berkenaan, Neetu mendakwa anggota polis itu berasa malu lalu mereka mencurahkan petrol ke badannya lalu menyalakan api.
Bagaimanapun polis terbabit, Rai Saheb Yadav dan Akhilesh Rai menafikannya sebaliknya memaklumkan bahawa wanita itu membakar dirinya sendiri.
Sementara suaminya pula, Ram Narain mempunyai cerita yang berbeza. Ram berkata dia sedang duduk di luar balai apabila isterinya berlari keluar dalam keadaan terbakar.
“Saya dan beberapa orang yang lain cuba menyelamatkannya,’’ katanya.
Kematian Neetu berlaku kurang sebulan selepas seorang wartawan, Jagender Singh meninggal dunia akibat dibakar di rumahnya di Shahjahanpur, Uttar Pradesh.
Jagender kerap menyiarkan laporan mengenai dakwaan rasuah dan penyelewengan. Menurut anaknya, keadaan itu menyebabkan Jagender sering diganggu oleh polis. – SUMBER MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Enggan Beri Rasuah, Wanita Dibakar Polis"
Post a Comment