DIA KEKASIH BARU SAYA - EIDA MOIN



Bergelar ibu tunggal sejak Disember tahun lalu, Ieda Moin atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin memberitahu bahawa dia sudah bertemu penggantinya. 

Menurut Ieda, jejaka yang bernama Mohd Amril Gul Khan Abdul Rahman, 33, itu masih bujang dan bukan suami orang. 

"Bahagia ke tidak? Nampak tak berbunga hati saya kini. Alhamdulillah, saya mula kenal dengan dia hujung April lalu. Kami kenal lama lagi cuma rapat sekitar bulan itu. 

 "Malahan ketika saya berdepan krisis rumah tangga pun dia tahu. Jadi sekarang ini kalau nak cakap proses mengenali hati budi macam klise. Tapi memang dialah kekasih saya. 

"Dia masih bujang dan berusia 33 tahun. Dia bukan orang dalam industri seni. Tapi pernah terbabit dalam kerja pengurusan bakat baharu yang dimiliki ahli keluarganya. Dia pun ada kerja sendiri," ujar Ieda dipetik sebagai berkata. 

Bila ditanya mengenai perancangan kahwin dalam masa terdekat, Ieda menjelaskan bahawa hubungan mereka belum lagi ke arah itu. 


 

"Saya pun belum mengenali keluarganya. Begitu juga dengan dia. Cuma adik-beradik saya ada berjumpa dengannya sebelum ini. Soal kahwin ini bukan perkara mudah kerana ia membabitkan keluarga. Kami pun dalam peringkat menyesuaikan diri," jelasnya. 

Disamping itu, Ieda menyifatkan kekasih hatinya itu sebagai seorang yang sangat mengambil berat dan mempunyai sisi humor sepertinya juga. 

"Dia buat saya jadi selesa dengannya. Apabila saya merajuk, dia pandai memujuk dan tenangkan saya. Dia tahu saya melatah tapi tak kacau saya," katanya. 

Dalam pada itu, Amril berkata yang dia juga tidak dapat memberikan kata putus terhadap kesudahan kisah cinta mereka kerana ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. 

"Kita tak tahu soal jodoh, ajal, maut kerana semua itu di luar bidang kuasa kita. Insya-Allah, saya juga mengharapkan pengakhiran yang baik. Saya memang suka sikapnya, termasuk dirinya yang suka melatah," jawabnya. 

0 Response to "DIA KEKASIH BARU SAYA - EIDA MOIN"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...