Azwan Ali Sound Azhar Sulaiman, “Kau Siapa Nak Nasihat Aku”

ADOI makin menjadi-jadi nampaknya selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA, Azwan Ali.
Semua orang ada je tak kena di matanya.
Yang terbaru menjadi mangsa ‘carutannya’ ialah pelakon Azhar Sulaiman yang sebelum ini ‘menasihati’ Azwan agar mengawal kemarahannya agar tidak dibenci masyarakat sekeliling.
Azhar elok je bagi pesanannya, tak pasal-pasal diva AA melenting pula dengan nasihatnya itu.
Nak tahu apa yang dimaki Diva AA kat Azhar, nah baca ni..
“Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?
“Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.
Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman”?
blogg
screen capture dari blog paparazzi.
Wah dahsyatnya Azwan ni, habis semua orang yang ‘jentik’ dia, dilaharnya balik.
Macam ni susahlah..
Azhar menegur kerana sayang, bukannya dia tegur Azwan guna bahasa-bahasa kesat pun sampai Azwan tergamak balas macam tu..
Dengar-dengarnya Azwan nak pergi umrah buat kali kelapan, harap-harapnya dia dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali apa kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Isu ini sebenarnya memang sangat remeh sebenarnya, hanya disebabkan Azwan tersilap tafsir perkataan ‘me’nate’, sampai ke hari ini kisah ini terus jadi kontroversi! – SUMBER MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Azwan Ali Sound Azhar Sulaiman, “Kau Siapa Nak Nasihat Aku”"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...