Punca Sebenar Neelofa Dan Rizalman Bergaduh...


Atress jelita, Neelofa dan pereka fesyen terkenal, Rizalman, bergaduh di Instagram..? Menerusi webThehypemedia yang diambil dari sebuah forum, Neelofa dikatakan tersentap selepas ditegur oleh Rizalman di laman IG.

Segalanya bermula hanya kerana hashtag yang diwujudkan oleh Rizalman dihijack oleh agen tudung jenama Naelofar Hijab yang umum tahu.. ia milik Neelofa.

"Saya buat hashtag #RizalmanForZalora ini sebab senang saya nak lihat pemakai-pemakai rekaan saya bergaya sakan dengan belian mereka. Jadi, janganlah share page ini okay.

"Kalau meniaga tudung, buat cara meniaga tudung. Jaga peradaban perniagaan dalam Islam sebagaimana tudung itu menjaga kehormatan seorang insan," katanya diselitkan sekali dengan hashtag #hanyamenegurbukanmarah.

Sentap dengan teguran itu, Neelofa membalasnya di salah sebuah laman Instagram milik stokisnya.


"I'm glad you guys pandai jaga nama. Sampai bila-bila pun jangan senang melatah dan jadi orang berpengaruh tapi pemikiran Allahuakbar.. sangat cetek. Kesian bila fikirkan, dah berusia tapi hati makin buruk. Nauzubillah min zalik," katanya yang dipercayai ditujukan kepada Rizalman.

Kata-kata Neelofa itu menarik perhatian pereka fesyen itu dan memuat naik screenshot kenyataan Neelofa di laman Instagramnya.


"Tak baik mengata saya di bulan puasa. Kan betul stokis ikut perangai ketua dia. Patutla geng," katanya.

Susulan kenyataan balas dari Rizalman, Neelofa memuat naik gambar "A man's tongue can give you a taste of his heart," Ibn Qayim.



Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, masalah itu dikatakan sudah diselesaikan oleh kedua-dua pihak.


"Terima kasih diucapkan kepada stokist Naelofar Hijab dan empunya label ini kerana sungguh bertanggungjawab mendengar teguran saya lantas mengambil langkah sepatutnya. Syabas. Saya doakan perniagaan kalian bertambah maju, Amin" katanya. 

- Thehypemedia

0 Response to "Punca Sebenar Neelofa Dan Rizalman Bergaduh..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...