MUNGKIN ADA KESILAPAN DALAM VIDEO SY TD..KEADAAN AGAK GENTING AND SY PON BEREMOSI..MUNGKIN VIDEO SY ITU DIRAKAM SEMASA DORG SDG BERUSAHA UTK SELAMATKAN BAYI ITU BERSAMA IBU KPD BAYI ITU..JADI SY YG BR SAMPAI DI TEMPAT KEJADIAN MERAKAM DAN TERUS MENGUPLOD ... SAYA INGIN POHON MAAF KALAU SY TERSILAP INFO SBB SY MMG ADA TANYA DI MANA IBU BAYI TERSEBUT TP TIADA YG MENJAWAB..APA2 PUN SY INGIN MEMOHON MAAF SEKALI LAGI JIKA VIRAL INI MENJADI BEBANAN KPD PIHAK BERKENAAN...BG SY YG PENTING BAYI ITU SELAMAT..WALLAHUAKLAM
LANJUTAN DR INSIDEN T/HARI TADI SY DI FAHAMKAN KEJADIAN ITU BUKANLAH BAYI DI TINGGALKAN DLM KERETA TETAPI KES AUTO LOCK AND ORG RAMAI CUBA MEMBANTU UTK KELUARKAN BABY TERSEBUT DI TEMANI OLEH IBUNYA YG TURUT BERADA DI SITU..JADI SY MOHON JASA BAIK SEMUA TERMASUK BLOGGER2 DAN AKHBAR TEMPATAN YG TELAH MENVIRALKAN VIDEO SERTA INFO YG SALAH ITU MEMPERBETULKAN APA YANG TELAH DI CETAK SECARA MAYA ATAUPUN DI KERATAN AKHBAR..SEKALI LG SY NEMOHON MAAF KPD IBU BABY TERSEBUT ATAS KESILAPAN SY MEMUAT NAIK VIDEO TERSEBUT..KADANG2 EMOSI MENGUASAI DIRI DAN KITA BERTINDAK DI LUAR KAWALAN..
Kejadian baru berlaku sebentar td dpn maybank s9 shah alam..sempat sya rakamkan ..Ibu/bapa bayi ini tidak kelihatan entah kemana..bayi sudah berpeluh dan enjin kereta/aircond tidak dihidupkan..kenapalah masih ada masyarakat kita yg tidak peka..terima kasih pd yg menbantu selamatkan bayi ini td..Allhamdulillah
Posted by Tuan Nor Azlim on Sunday, May 31, 2015
BERIKUT ADALAH LAPORAN BERITA YANG DIKELUARKAN OLEH SINAR HARIAN :
SHAH ALAM – Seorang bayi dipercayai berusia 12 bulan hampir lemas ditinggalkan di dalam kereta sendirian hanya kerana ibunya terlupa menghidupkan enjin kereta.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang tadi, suasana kecoh apabila orang ramai mula mengerumuni kereta dipercayai jenis Perodua Myvi selepas mendapati terdapat seorang bayi ditinggalkan sendirian.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di sini dan turut dirakam.
Ekoran video yang mula viral di laman sosial, rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan dan rasa geram dengan tindakan ibu bapa bayi tersebut.
Berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 39 saat itu, bayi berkenaan dikatakan dalam keadaan kepanasan dan menggigil akibat ditinggalkan dalam keadaan enjin dimatikan, sementara kereta berkunci.
Orang ramai yang bimbang akan keselamatannya bertindak memecahkan cermin sisi kereta apabila cubaan membuka pintu menggunakan beberapa peralatan gagal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, tiada laporan polis dibuat mengenai insiden berkenaan di mana-mana balai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
“Hasil maklumat orang ramai, ibu bayi tersebut tiba sebaik bayinya diselamatkan.
“Ibu bayi berkenaan mengaku terlupa menghidupkan enjin kerana tergesa-gesa mahu menyelesaikan urusan ringkas di kawasan berkenaan,” katanya.
Tegasnya, sikap terburu-buru dan sambil lewa boleh membawa padah dek kerana kecuaian dan kesilapan diri sendiri.
"Terima kasih kepada masyarakat yang prihatin. Nyawa yang berharga berjaya diselamatkan,” katanya.
0 Response to "Punca Sebenar Bayi Usia 12 Bulan Ini Terperangkap Di Dalam Kereta Bukan Sebab Kecuaian, Tetapi KERANA..."
Post a Comment