Perit...Pengalaman Urus Gadis 14 Tahun Hamil Anak Luar Nikah Disebabkan Dosa Ibunya Yang Tidak Mahu Bertaubat



Mungkin ramai tidak setuju dengan apa yang saya nyatakan ini. Ini pandangan dari pengalaman saya bersama pelatih. Dari beberapa kes gadis hamil tanpa suami, terdapat ia merupakan kes yang diwarisi dari ibu yang tidak bertaubat.

Mereka anak tidak sah taraf, lahir dari perzinaan ibu mereka kemudian ibu tak hendak memelihara anak itu dan diserahkan kepada keluarga angkat. Selepas menyerahkan anak bersama dokumen pengenalan diri, mereka menghilangkan diri. Mereka sendiri tak mahu anak yang mereka lahirkan. Dan tak mahu ada sebarang hubungan ketika di dunia dan tidak mahu anak itu kenal siapa ibu yang melahirkannya.


Pandai pulak, bayi diserahkan kepada pasangan yang ekonomi stabil dan golongan yang baik baik, dengan harapan anak mereka dapat diberikan didikan agama. Mereka serahkan percuma bukan ada sebarang bayaran.

Maka membesarlah anak ini dibawah asuhan keluarga angkat. Dijaga, diberikan kasih sayang bagai anak sendiri. Disusukan juga agar menjadi anak susuan supaya mudah menjaga aurat di dalam keluarga antara anak angkat dengan ibu bapa angkat dan saudara susuan lainnya.

Bermakna asuhan ibu bapa angkat pada anak angkat ini sama seperti anak-anak asuhan lainnya samada anak kandung atau anak angkat dari keluarga miskin. Dihantar ke sekolah kebangsaan, sekolah agama, kelas fardhu ain dan kelas mengaji Al Quran.

Namun apabila anak angkat ini menginjak usia, bayi kepada kanak kanak seterusnya remaja, terimpak perkembangan yang berbeza. Tingkah laku dan akhlak mula berbeza. Padahal didikan dan asuhan diberikan sama saja. Penerimaan berbeza dari anak angkat dan saudara susuan lainnya. Makin nakal, membantah, melawan, memberontak, ponteng sekolah , suka lari dari rumah berhari hari kemudian pulang dan akhirnya terlanjur. Menjadi ketagihan seks sehingga mengandung dalam usia awal remaja.

Kes terbaru yang dirujuk ialah remaja berusia 14 tahun. Kes sebelum ini remaja berusia 12 tahun, 15 tahun dan 16 tahun. Berzina hingga hamil dan melahirkan bayi diawal usia remaja.

Mengerikan remaja 12 tahun telah mengenal seks sejak usia 10 tahun, melakukan hubungan seks secara sukarela dengan sesiapa sahaja yang dikenali. Apakah remaja ini tidak tahu apa itu zina, haramnya zina dan zina adalah salah satu dosa besar? Tahu...mereka memang tahu. Tetapi bagaimana boleh terlanjur juga?

Saya tinggalkan soalan ini untuk anda fikir dan ulas.

Kenapa besar cabaran untuk mendidikan anak anak yang lahir dari ibu yang tidak bertaubat dan menyesali perbuatan lalunya. Besar cabaran lagi mengaduh anak orang yang ibunya masih bergelumang maksiat.

Kenapa Rasulullah menyarankan agama diutamakan dalam pemilihan isteri, iaitu ibu kepada anak anak kita? Kecantikan, kekayaan, kebangsawanan, keturunan dan agama. Dari 5 itu, salah satunya adalah keturunan. Jagalah dirimu dan ahli keluarga mu dari api neraka.

Oleh itu, sesiapa pun yang mengasuh anak anak ini, tingkatkan kesabaran, pelihara iman dan banyak2 berdoa moga moga terhindar dari maksiat dan terjebak dalam perbuatan mungkar. Moga Allah pelihara kita semua dalam rahmat-Nya.

‪#‎ini‬ bukan kajian, ini pengalaman, bukan semua tetapi ada.

Related Posts :

0 Response to "Perit...Pengalaman Urus Gadis 14 Tahun Hamil Anak Luar Nikah Disebabkan Dosa Ibunya Yang Tidak Mahu Bertaubat"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect