KOTA BHARU - Pasangan suami isteri yang mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun diburu oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, pasangan muda yang masing-masing berusia 40 dan 25 tahun itu dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran, Thailand, selepas kejadian itu dan bersembunyi di sana.
Pihak polis juga telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangkap dua suspek berkenaan secepat mungkin.
Berdasarkan kecederaan mangsa yang sangat serius, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak .
Mangsa, Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin, 5 tahun, ditemui dengan keadaan badannya yang terdapat kesan kecederaan lama dan baru termasuk parut hampir seluruh badan.
Mangsa juga dikatakan tidak diberi makan menyebabkan badannya susut dan dipercayai telah didera selama 3 atau 4 bulan.
Difahamkan, mangsa telah dijaga oleh ibu tirinya yang berusia 25 tahun selepas ibu kandungnya berpisah dengan bapanya sejak tahun 2013.
Keadaan mangsa masih lemah namun dilaporkan stabil. Sehingga kini, mangsa masih enggan bercakap kerana masih lagi trauma. - SUMBER THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "Pasangan Dera Budak 5 Tahun Lari Ke Thailand"
Post a Comment