Perbuatan anggota Polis Bantuan tersebut ibarat pagar makan padi
PUTRAJAYA: Gambar dua anggota Polis Bantuan merokok di zon larangan merokok walaupun terpampang papan tanda ‘No Smoking’ di Putrajaya yang disebarkan di Facebook telah mencetuskan kemarahan orang ramai.Mereka menyifatkan perbuatan anggota Polis Bantuan itu bertentangan dengan slogan Kepimpinan Melalui Teladan yang diterapkan di kalangan pegawai kerajaan termasuk pasukan keselamatan.
Meskipun mereka bukan anggota polis sepenuh masa, namun perbuatan merokok di tempat larangan secara terbuka itu telah menyebabkan nama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut tercemar.
Apatah lagi, perbuatan anggota polis bantuan ini dilakukan di pusat pentadbiran negara, Putrajaya, yang terkenal dengan peraturan ketat yang dikuatkuasakan oleh Perbadanan Putrajaya.
Polis Bantuan menerima latihan daripada PDRM dan merupakan unit sokongan PDRM serta mempunyai kuasa polis untuk berkhidmat di jabatan kerajaan, badan berkanun, sektor swasta.
Di sebalik komen-komen mengecam perbuatan anggota polis bantuan itu, ada juga ‘pejuang papan kekunci’ yang mempertahankan mereka dan menasihatkan pengguna Facebook supaya tidak bersikap hipokrit.
“Jangan jadi hipokrit dan menunding jari terhadap orang lain. Polis juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan.
Mungkin anda semua juga pernah merokok di tempat larangan mereka sama ada dalam sedar ataupun tidak,” tulis pengguna itu seperti dilaporkan sebuah portal.
Untuk rekod, terdapat 103 badan berkanun, agensi dan syarikat swasta yang menggunakan khidmat Polis Bantuan.
0 Response to "Inilah Kisah di Sebalik Polis Bantuan Ini Tetapp 'Berdegil' Untuk Merokok di Zon Larangan Merokok"
Post a Comment