Di Sebalik Air Mata Ella Selepas Jojie Diijabkabulkan
KUALA LUMPUR, 8 JUN 2015: Ratu rock Ella akui sebak lalu mengalirkan air mata saat akaknya, Jojie atau Rozita Aminuddin, 50, selamat diijabkabulkan pertama kalinya dengan pilihan hatinya, Syahrizal Ismail, 36, pada 5 Jun lalu.
Ella berkata air mata itu mengalir secara tiba-tiba kerana terharu dan gembira akhirnya akaknya itu temui jodohnya dan selamat berkahwin.
Pada saya normal lah untuk saya rasa sebak dan terharu sebagai seorang adik yang sangat rapat dengan dia selama ini. Bagi saya ini air mata kegembiraan saya kerana akhirnya dia kini sudah berkahwin.
Lebih sedih lagi bila mak berithau akhirnya tangungjawabya untuk menjaga anak perempuan sudah boleh dilepaskan kepada seorang lelaki yang merupakan suaminya.
Saya sedih juga kerana lepas ini pasti keadaanya sedikit berbeza kerana saya tidak lagi boleh kerap bersamanya kerana dia kini memikul tangunggjwab baru sebagai seorang isteri, katanya kepada murai.com.my
Jojie dan Syahrizal dinikahkan oleh jurunikah mukim Subang, Abdul Halim Abd Rahman di Masjid Ara Damansara pada malam Jumaat lalu.
Sementara itu, Ella memberitahu Jojie selepas ini akan tetap menguruskan kerjayanya walaupun tidak lagi sama seperti dulu.
Jojie masih tetap menguruskan keraja saya. Cuma masanya lebih terhad untuk saya kerana apa yang penting sekarang ini adalah suaminya dan saya faham akan perubahan itu, jelasnya.
0 Response to "Di Sebalik Air Mata Ella Selepas Jojie Diijabkabulkan"
Post a Comment