10 Gambar Mayat Mendiang Canny Ong Yang Tidak Pernah Didedahkan Dimana-mana Media Yang Pasti Mengejutkan...


canny-ong2.jpg
$%Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
canny.jpg
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.
mh_01_big.jpg?w=300&h=257
Ahmad Najib Aris
Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.;Berginilah mayat Canny Ong yang ditemui rentung
canny-ong.jpg
Actual CCTV images
yWsmlVb.png
yekfL1v.png
http://ift.tt/1FLrHxA
——————————————————————————-
Kisah misteri telah berakhir
ru_01.1.jpg
SEBAIK saja Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria yang mengetuai lima panel hakim mengetuk tukul mengekalkan keputusan hukuman terdahulu, dua suasana berbeza dapat dilihat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kelmarin.
Di pihak tertuduh, bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris, 33, tampak pasrah. Dia reda dan seolah-olah melihat perbicaraan rayuan itu sekadar formaliti bagi mengesahkan riwayat hidupnya bakal berakhir di tali gantung.
Ibunya, Rapiah Ahmad cuma mampu berduka sambil menghitung detik terakhir anaknya itu. Manakala di pihak orang awam yang mengikuti kes pembunuhan penganalisis komputer, Canny Ong Lay Kian, 28, mereka menyambutnya dengan kelegaan.
Mahkamah Persekutuan akhirnya membenarkan roh si mati itu bersemadi dengan aman.
Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, ia jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada tali gantung.
ru_01.2.jpg
IBU Canny mengaku tidak marah pada Ahmad Najib malah bersimpati terhadap keluarganya.
Menyingkap kes Canny, ia mendapat perhatian luar biasa dan menggemparkan rakyat negara ini. Barangkali kerana memiliki sensasi seksual dan elemen hiburan apatah lagi wanita kacukan Cina dan India ini cantik dan berperwatakan menarik.
Kisah ini bermula dengan sebuah parti keraian tetapi berkesudahan dengan tragedi yang membingungkan. Apabila Canny menghadiri makan malam bersama kawan-kawannya pada hari Jumaat 13 Jun 2003, tiada siapa yang tahu ia sebenarnya menjadi majlis perpisahan mereka untuk selama-lamanya.
Seperti Canny, ibunya Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie tiba di tempat letak kereta dalam Pusat Beli-belah Bangsar dan bergegas ke restoran Monte.
ru_01.3.jpg
LOKASI mayat Canny dibakar di Jalan Klang Lama.
Tiada seorang pun antara mereka yang sedar tiket parkiran tertinggal di dalam kereta – tiket yang menjadi permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny.
Bagi Canny, makan malam itu sungguh menyeronokkan kerana ia menghimpunkan semula keluarga dan rakan-rakan lamanya. Kebanyakan mereka tidak pernah Canny temui sejak dia berkahwin dengan Brendan Ong di Malaysia pada Disember 2000.
Pada pukul 10.30 malam, Canny terpaksa pulang kerana keesokan harinya dia akan terbang ke kediamannya di San Diego, Amerika Syarikat. Canny, Elsie dan Pearley berada di mesin pembayaran automatik di tingkat bawah apabila mereka menyedari tiket parkiran tidak dibawa bersama.
Canny bergegas ke kereta. Apabila dia tidak muncul-muncul selepas 30 minit, Pearley dan Elsie mencarinya.
ru_01.4.jpg
AHMAD NAJIB mengakui mengacu pisau kepada Canny sebelum merogolnya.
Dibakar di lubang pembentungan
Mereka kemudian mendapatkan bantuan pengawal keselamatan dan selepas puas memujuk, mereka dibenarkan menonton rakaman daripada kamera litar tertutup di bangunan tersebut.
Apa yang dilihat amat memeranjatkan. Kereta Proton Tiara milik Pearley dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar.
Pelbagai spekulasi muncul selama beberapa hari hinggalah mayat Canny dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembentungan di Kilometer 11.2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada.
Kakinya pula terjuntai keluar dari lubang tersebut manakala tubuhnya dihimpit di bawah dua buah tayar besar berisi simen, empat hari selepas dia dilaporkan hilang. Mayat itu ditemui empat hari selepas kehilangan Canny.
ru_01.5.jpg
SUAMI Canny, Brendon Ong menenangkan adik iparnya, Lee Shuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Semasa kemuncak kes itu, terdapat banyak persoalan timbul khususnya kenapa Canny tidak cuba menyelamatkan diri kerana dia telah mendapat dua peluang terbaik untuk berbuat demikian tetapi mendiang memilih untuk terus bersama Ahmad Najib.
Inilah tanda tanya yang terus menjadi misteri hingga kini. Persetubuhan Ahmad Najib dan Canny juga menimbulkan kesangsian.
Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa.
Malah wanita itu tidak menangis atau memarahinya isu yang diutarakan barisan peguam belanya bahawa Canny mengizinkan dirinya disetubuhi Ahmad Najib.
Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee Muhamad Ideres dalam penghakiman pada 23 Februari 2005 berkata, Ahmad Najib mengakui mengajak Canny melakukan persetubuhan tetapi wanita itu cuma berdiam diri.
Seterusnya dia ambil pisau dari tempat duduk dan hanya selepas ini baru si mati menunjukkan kesediaan untuk disetubuhi.
Tindakan itu dan dilakukan di tempat yang agak sunyi pada pukul 12 tengah malam ialah satu bentuk ugutan jenayah, katanya.
Saya mahu ke syurga
Ironi pada saat-saat akhir hidupnya, Canny dilaporkan seperti merelakan kematiannya dengan berkata kepada Ahmad Najib: Biarkan saya bersendirian, saya mahu ke syurga. Sesungguhnya, cerita di sebalik pembunuhan Canny masih misteri.
ru_01.6.jpg
HAKIM Datuk Muhamad Ideres turut meninjau lokasi mayat Canny ditemui.
http://ift.tt/1Hu3OC1
Sumber: rotiplantaa

0 Response to "10 Gambar Mayat Mendiang Canny Ong Yang Tidak Pernah Didedahkan Dimana-mana Media Yang Pasti Mengejutkan..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...