Wow..! Arkitek Mahu Bina Gelanggang Tenis Dalam Air




SETIAP orang yang ingin hasil kerjanya diiktiraf perlu datang dengan idea yang lain daripada yang lain, atau sesuatu yang tidak terfikir oleh orang lain.
Mungkin itulah yang difikirkan oleh seorang arkitek dari Poland ini, Kryzstov Kotala bercadang untuk membina sebuah gelanggang tenis yang terletak di dalam air di Dubai.
tennis1
Semestinya idea yang dilontarkan itu sangat unik dan sebelum ini Dubai juga sememangnya sudah terkenal dengan gelanggang tenis tertinggi di dunia yang terletak di atas Hotel Burj Al Arab.
Jadi, apa salahnya wujudkan pula gelanggang tenis terdalam di dunia, betul tak?
tennis2
MAHARA
Restauran Al Mahara di Dubai merupakan restoran yang terletak di dalam air.
Kryzstov yang belajar di Royal’s London Institute of British Architect, Poland’s Krakow Politechnic dan Germany’s The Münster of Applied Sciences telah membayangkan untuk membina gelanggang tersebut di dalam air yang terletak di antara Burj Al Arab dan Pulau Palm Jumeirah.
Memang menarik idea arkitek ini, sambil tonton perlawanan tenis boleh juga melihat keindahan yang dipenuhi dengan kehidupan di dasar laut.
Cuma diharapkan bumbung itu dapat menampung jisim air di atasnya agar tidak berlaku apa-apa kemalangan tragis.

0 Response to "Wow..! Arkitek Mahu Bina Gelanggang Tenis Dalam Air"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...