Pelaksanaan Cukai GST Keatas Perkhidmatan Kerajaan Tak Masuk Akal



JOHOR, 7 MEI - Pelaksanaan cukai GST terhadap perkhidmatan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

"Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda memetik satu laporan dari MalaysiaKini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga bertitah supaya pihak berkuasa tempatan Johor tidak mengenakan cukai tersebut terhadap rakyat. Selain itu baginda turut bertitah supaya pihak berkenaan mendapatkan pengecualian dari kerajaan persekutuan.

GST telah mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April lalu. - Siakapkeli.my

Related Posts :

0 Response to "Pelaksanaan Cukai GST Keatas Perkhidmatan Kerajaan Tak Masuk Akal"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect