Malaysia bakal sertai operasi perangi Houthi - Media Arab Saudi

Sekumpulan anggota tentera Malaysia dilaporkan telah tiba di Arab Saudi bagi menyertai operasi ketenteraan diketuai oleh negara pengeluar minyak terbesar dunia itu untuk memerangi puak Syiah Houthi di Yemen.
 
Ketibaan anggota tentera Malaysia itu dilaporkan oleh media Arab Saudi, Saudi Press Agency (SPA) dalam laporannya hari ini.
 
Menurut SPA, anggota tentera Malaysia yang menjadi negara ke-12 menyertai misi ketenteraan di Yemen selepas Senegal, tiba di salah sebuah pengkalan tentera udara Arab Saudi hari ini.
 
Kementerian Pertahanan Arab Saudi menurut agensi berita itu, sedang membuat perancangan tentang penempatan tentera Malaysia itu.
 
Laporan agensi berita itu bagaimanapun tidak menjelaskan tentang bilangan tentera Malaysia yang terlibat, mahupun peralatan senjata yang dibawa oleh mereka.
 
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Kementerian Pertahanan mahupun menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein tentang laporan Saudi Press Agency hari ini itu. -MalaysiaGazette

Related Posts :

0 Response to "Malaysia bakal sertai operasi perangi Houthi - Media Arab Saudi"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect