KISAH BENAR!! GADIS INI HILANG INGATAN SETIAP PAGI | Kebanyakkan filem tempatan mahupun antarabangsa pasti ada mengisarkan mengenai pelakonnya hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan mahupun terhentak kepala. Pasti kita merasakan itu hanyalah di dalam filem dan tidak berlaku di dunia nyata. Seperti filem 50 First Dates lakonan Drew Barrymore dan Adam Sandler, segalanya seperti fiksyen semata-mata. Anda silap.
Jenny Gisby, 20 tahun dari Nottingham, England dia mengalami keadaan yang sama yang digambarkan oleh Drew Barrymore dalam filem 50 First Dates keadaan di mana dia berhadapan dengan kehilangan memori jangka pendek (short term memory) yang menjadikannya hilang ingatan setiap pagi tanpa ada apa –apa petunjuk apa yang berlaku hari sebelumnya.
“Saya akan bangun setiap pagi selepas tidur tanpa ingatan siapa saya atau siapa teman lelaki dan ibu bapa saya. Saya rasa begitu marah pada mulanya kerana saya fikir setiap orang di sekeliling saya adalah orang asing”.
Semuanya bermula pada tahun lalu apabila Jenny pengsan di tempat kerjanya dan berada dalam keadaan koma selama beberapa hari. Apabila dia bangun, dia mengalami sawan yang teruk yang menyebabkannya menjadi lumpuh. Dia telah didiagnosis oleh doktor dengan Functional Neurological Disorder (FND) dan epilepsi dua keadaan yang menyumbang kepada kehilangan ingatan beliau. Salah satu punca berlakunya FND adalah stress yang melampau di dalam kehidupan.
Dengan bantuan kedua ibu bapa dan juga teman lelakinya, mereka membuat satu album gambar untuk membantu ingatan Jenny setiap hari. Katanya ianya sesuatu yang bagus kerana dia merasakan dia seperti jatuh cinta buat kali pertama setiap hari.
Jenny berharap ceritanya dapat membantu orang lain yang mempunyai disorder yang sama dengannya. Dia berasa bersyukur dengan semangat dan sokongan yang diberikan oleh kedua ibu bapa dan teman lelakinya.
0 Response to "KISAH BENAR!! GADIS INI HILANG INGATAN SETIAP PAGI"
Post a Comment