Hanya Dengan RM3 Untuk Liwat Kanak-Kanak Perempuan

Supadi (Bertopeng) dalam siadang akhbar di Mojokerto
INDONESIA: Seorang datuk telah ditahan disyaki meliwat seorang kanak-kanak perempuan yang juga jirannnya sebanyak lima kali sejak tiga bulan lalu.

Supadi, 67 ditahan kelmarin setelah seorang penduduk terlihat suspek meliwat kanak-kanak tersebut di kawasan hutan di belakang rumahnya.

Menurut Jurucakap polis, Husein Abubakar, mangsa menghampiri suspek pada ketika mangsa sedang mencari kayu api di kawasan hutan.

“Suspek dipercayai memujuk mangsa sebelum meliwatnya.

“Bagaimanapun, tindakan lelaki itu dilihat seorang penduduk kampung yang kemudiannya mengadu kepada keluarga mangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, Lelaki itu yang sudah mempunyai isteri serta lebih 10 orang cucu ditahan setelah keluarga mangsa membuat laporan polis.

“Ketika disoal siasat mangsa yang masih bersekolah rendah mengaku telah diliwat suspek sebanyak lima kali.

“Setiap kali selepas melakukan perbuatan terkutuk itu suspek memberi mangsa wang berjumlah Rp10,000 (RM3),” katanya.

Suspek bagaimanapun dalam dahatan pihak berkuasa dan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah

Related Posts :

0 Response to "Hanya Dengan RM3 Untuk Liwat Kanak-Kanak Perempuan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect