CERITA SEBENAR TIKUS RAKSASA BERJAYA DITANGKAP DI SUBANG JAYA




GEMPAR dunia internet semalam apabila gambar didakwa tikus raksasa yang ditangkap di Subang Jaya telah tersebar meluas di laman sosial.

Tikus gergasi tersebut dilaporkan ditangkap di USJ 11 dalam operasi kebersihan melibatkan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Gambar tersebut menjadi perbualan hangat netizen sehingga ada yang menyifatkan Selangor sebagai negeri syurga makanan buat tikus-tikus disebabkan terlalu kotor dan dipenuhi sampah.

Salah seorang pengguna Facebook turut menyindir tahap kebersihan di Selangor dengan memberikan komen tikus tersebut hasil mutasi dengan air lombong yang enak dan lazat.

Namun, gambar tikus raksasa tersebut sebenarnya adalah palsu dan ia merupakan hasil manipulasi teknik kamera.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan kewujudan tikus sebesar itu di Subang Jaya seperti yang disebarkan di media sosial.

Gambar tikus di USJ11 diedarkan di atas talian. Sudut pandang tikus itu diambil membuatkannya kelihatan amat besar, kata Hannah Yeoh di Facebook beliau.

Wakil rakyat DAP itu juga memuat naik gambar dari sisi, berbanding pandangan hadapan yang diedarkan sebelum ini dan ia menunjukkan tikus itu bersaiz biasa sahaja.

Agak-agaknya, kalau tikus sebegini betul-betul wujud dan ada di rumah anda.. bagaimanalah agaknya ya?MYNEWSHUB

Sumber: vivamerah

0 Response to "CERITA SEBENAR TIKUS RAKSASA BERJAYA DITANGKAP DI SUBANG JAYA"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...