Vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy membuat pengakuan
telah berkahwin buat kali kedua bersama seorang wanita yang dikenali
sebagai Aliaah Abdullah namun masih belum bersedia untuk mendedahkan
tarikh pernikahan mereka.
Menurut akhbar Kosmo! yang menghubungi Andy, pernikahan
tersebut diketahui dan tidak dibantah oleh isteri pertamanya, Baby atau
nama sebenarnya Nurul Shafizan Othman.
“Ya, dia adalah isteri saya. Kami pasangan suami isteri yang sah dan
Baby memberi kebenaran kepada saya untuk untuk bernikah kali kedua,”
katanya. Disember tahun ini, usia perkahwinan Andy bersama Baby bakal
menjangkau usia 24 tahun.
Melalui perkahwinan bersama Baby, Andy dan isteri telah dikurniakan
tujuh orang anak. Selain itu, antara lagu yang pernah menaikkan nama
Andy dan juga kumpulannya, Flop Poppy ialah Atas Nama Cinta, Suziela dan
Cinta. (rtky/s)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Andy Akui Bernikah Lagi, Dapat Kebenaran Isteri Pertama "
Post a Comment