9 FAKTA MENGENAI KEMALANGAN DI LEBUHRAYA DUKE YANG MERAGUT 3 NYAWA!!


9 FAKTA MENGENAI KEMALANGAN DI LEBUHRAYA DUKE YANG MERAGUT 3 NYAWA!! | Kemalangan baru-baru ini yang menyebabkan mangsa iaitu Fairuz bersama isterinya Nova dan anak perempuan mereka Nur Firuza tercampak keluar dari Mitsubishi Pajero Sport, sangat meninggalkan kesan kepada masyarakat Malaysia.

1. Sebuah keluarga 3 orang termasuk bayi tujuh bulan terbunuh apabila kenderaan yang mereka naiki terbalik selepas di rempuh oleh sebuah kereta yang memandu laju di kilometer keenam Duta–Ulu Klang Expressway (DUKE) di KL.


2. Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam. Mangsa-mangsa ialah Fairuz Nizam Husain, 35 tahun, isterinya Nova Safitri Azhari, 27 tahun, dan anak perempuan mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan.

3. Keluarga itu baru sahaja menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya dan menuju ke rumah Gombak, Selangor. Oleh kerana kesan daripada kemalangan itu, mereka tercampak keluar dari kenderaan mereka Mitsubishi Pajero Sport.

4. Menurut saksi, sebanyak enam Perodua Myvi telah dilihat berlumba di DUKE sebelum perlanggaran berlaku. Pajero yang dipandu mangsa itu telah di rempuh dari belakang oleh salah sebuah Myvi yang memandu laju yang cuba untuk memotong ke lorong laju.


5. Fairuz kemudian hilang kawalan sebelum Pejero yang dipandunya ke lorong kiri dan melanggar MyVi lain. Pajero mangsa terbalik beberapa kali, pemandu MyVi yang memandu laju melarikan diri tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lain mengalami kecederaan ringan.

6. Pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri dan anak perempuannya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semasa rawatan, menurut laporan.

7. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu . Setakat ini seorang pemandu wanita, berumur 35, telah ditangkap dan polis sedang mencari pemandu lain.


8. Menurut kenyataan yang dibuat oleh Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Markandan Subramaniam untuk Rakyat Post, polis sudah mengetahui identiti pemandu kedua yang terlibat dalam kemalangan itu.

9. Pasangan itu meninggalkan dua orang anak perempuan – Nur Firuza Amira , 7 tahun, dan Nur Firuza Akila, 3 tahun. Ketika ditemui di bilik mayat itu, saudara-mara keluarga enggan mengulas mengenai kejadian itu.

Related Posts :

0 Response to "9 FAKTA MENGENAI KEMALANGAN DI LEBUHRAYA DUKE YANG MERAGUT 3 NYAWA!!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect