WANITA HAMIL BERENANG 1 KM UNTUK KE HOSPITAL BAGI MELAHIRKAN ANAK | Yellavva menggunakan pelampung labu kering untuk membantunya berenang satu km.
Seorang wanita India yang sedang hamil sembilan bulan berenang di sebuah sungai yang melimpah kerana musim hujan agar dapat melahirkan di hospital.
Yellavva menggunakan labu kering sebagai pelampung untuk membantunya berenang hampir satu kilometer dari kampung ke Karnataka yang lebih selamat.
Dia berkata 'takut' tetapi menginginkan bayinya lahir selamat. Di kampung tidak terdapat pusat kesihatan dan dia tidak ingin melahirkan di rumah.
Penduduk kampung dan para doktor menganggap usaha Yellavva berenang di sungai yang melimpah banjir sebagai sesuatu yang mengagumkan.
Wanita berumur 22 tahun ini adalah penduduk Neelakantarayanagadde, desa di pulau kecil di sungai Krishna, daerah Yadgir, kira-kira 400 km utara Bangalore.
Satu-satunya cara pengangkutan dari tempat itu ke pulau utama adalah dengan menggunakan rakit, yang tidak beroperasi jika sungai berarus terlalu deras.
Saat Yellavva melintasi sungai pada Rabu (31/07), dia berkata permukaan sungai naik kira-kira 3.6 meter.
Perenang berpengalaman pun akan berfikir dua kali memasuki air dalam keadaan seperti itu, lapor wartawan BBC Imran Qureshi.
0 Response to "WANITA HAMIL BERENANG 1 KM UNTUK KE HOSPITAL BAGI MELAHIRKAN ANAK"
Post a Comment