Kemelut yang dihadapi oleh Persatuan Seniman Malaysia(Seniman) akhirnya telah terlerai apabila Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut sebulat suara menyingkirkan Vanidah Imran daripada terus memegang jawatan sebagai bendahari.

Pada pendapat Zed Zaidi, untuk menjadi ahli dalam persatuan seseorang itu harus memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tidak menyusahkan orang lain.

Perbuatan Vanidah yang melarikan buku cek persatuan serta tetap berdegil untuk tidak memberikan kerjasama untuk mengeluarkan wang bagi beberapa proses penting telah mewujudkan konflik didalam ahli jawatankuasa Seniman.
Susulan perkara tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh Zed Zaidi di Balai Polis Taman Melawati dimana enam ahli jawatankuasa baharu Seniman iaitu ashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) telah mengeluarkan kenyataan kepada media dimana mereka mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek tersebut.

Jawatan bendahari kini diambil alih oleh pelakon Zarina Raja Lawak 5.
0 Response to "Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Daripada Seniman"
Post a Comment