TINDAKAN WANITA PAKSA KANAK-KANAK DUA TAHUN HISAP SYABU DIKECAM


TINDAKAN WANITA PAKSA KANAK-KANAK DUA TAHUN HISAP SYABU DIKECAM | Kuala Lumpur : Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak menghisap dadah dipercayai jenis syabu dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun, Mohd Khir.

Video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan kanak-kanak dipercayai berusia dua tahun itu disuruh menghisap dadah tersebut oleh dua individu.

Malah, mereka juga menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap untuk kali yang kedua setelah batuk.

“Satu lagi kes berat…minta pihak yang berkenaan ambil kes ini…kes dadah.. apa punya ibu,” luah Mohd Khir dalam status Facebooknya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak turut mengkritik tindakan itu membahayakan nyawa dan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak tersebut.

Seorang pengguna Facebook, PuteRi LaYenda dalam komennya mendakwa kejadian ini melibatkan warga Indonesia berdasarkan bahasa dan cara percakapan yang digunakan.

“Yang pasti ini bukan di Malaysia kerana cara bercakap macam Indonesia Bugis tapi tak tahu jika ini pembantu rumah dari Indonesia,” katanya

Seorang pengguna, Mohd Azman Abu Hassan dalam komennya menyatakan rasa marah terhadap dua individu yang memaksa kanak-kanak itu menghisap dadah.

Menurutnya, jika mahu merosakkan diri tidak perlu dibawa kanak-kanak malang itu.

Bagi Ahmad Mustaqim Arifin berkata: “Anak aku batuk tersedak susu pun kesian aku tengok apatah lagi tengok anak kecil ini batuk sebab benda yang tak elok.“

Sarida Ima dalam komennya berharap ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap dua individu dalam video itu.
Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang meminta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden penyebaran video tersebut agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan daripada pengaruh penyalahgunaan dadah.

0 Response to "TINDAKAN WANITA PAKSA KANAK-KANAK DUA TAHUN HISAP SYABU DIKECAM"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...