Ingin mengembangkan kerjayanya dan sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di Malaysia, penyanyi Singapura Taufik Batisah merancang untuk berpindah ke Malaysia untuk memberikan seratus peratus tumpuan kepada kariernya itu.

Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah. Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke.
Taufik sebenarnya sudah lama mengimpikan agar muziknya mendapat tempat di hati peminat industri hiburan Malaysia tetapi percubaan beliau sebelum ini gagal dan melihat peluang yang ada kini adalah masa yang terbaik untuk beliau berpindah.
Penyanyi itu percaya jika beliau menetap di Malaysia, khususnya di ibu kota Kuala Lumpur beliau akan semakin dekat dengan peminat dan peluang untuk muncul di media tempatan lebih mudah.

0 Response to "Taufik Batisah Rancang Pindah Ke Malaysia"
Post a Comment