Gwiyomi, gwiyomi, gwiyomi. Lagu tersebut bersama gaya tangan dan muka comel pernah menjadi kegilaan di Malaysia satu ketika dahulu. Ramai sangat gadis-gadis Malaysia yang buat video gwiyomi nie. Semuanya pun comel-comel. Kalau tak silap Nora Danish pun ada buat. Tapi yang paling best tetap daripada gadis Melayu bertudung di bawah. Cute gila kot!!!
Tak perlu ambil video untuk #GwiyomiContest ini. Hanya perlu ambil 4 keping gambar yang menunjukkan anda sedang buat aksi comel gwiyomi. Tapi langkah pertama dan langkah PALING PENTING ialah download dulu applikasi B612 dari LINE ini. Sebabnya semua gambar comel gwiyomi dengan hashtag #GwiyomiContest perlu dihantar menerusi applikasi ini.
Bila dah download applikasi B612 ini, tibalah masanya untuk anda bergwiyomi secomel mungkin dengan kamera anda menggunakan applikasi ini. Buatlah style macam mana pun yang penting kena ada 4 aksi gwiyomi. Semakin comel gaya anda, semakin tinggilah peluang nak menang. Yang penting, gunakan 2×2 collage selfie untuk gaya gwiyomi anda. Meh sini Abang Nara kongsikan contoh-contoh #GwiyomiContest.
Abang Nara nak suruh wife join sekali sebab hadiah #GwiyomiContest ini semua hebat-hebat belaka. Ada dompet Chanel, bracelet Tiffany & Co dan banyak lagilah. Tarikh tutup ialah 3 Mei 2015. Ada banyak masa lagi untuk anda menghantar selfie Gwiyomi anda. Pemenang akan ditentukan menerusi undian terbanyak di akaun rasmi LINE Malaysia.
Nasib baik hanya gadis-gadis je yang boleh join #GwiyomiContest nie. Kalau tak Abang Nara pun confirm akan bergwiyomi jugak. Hehehe. Maklumat lanjut sila layari Facebook LINE Malaysia. Kalau ada apa-apa tak faham, sila tinggalkan komen. Nanti Abang Nara jawab. Selamat bergwiyomi!!!
0 Response to "Serlahkan Kecomelan Anda Dalam #GwiyomiContest LINE"
Post a Comment