PELAJAR MESIR BERANI AJAK LIM KIT SIANG PELUK ISLAM


PELAJAR MESIR BERANI AJAK LIM KIT SIANG PELUK ISLAM | Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir telah bersua muka dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan menyuarakan hasratnya untuk mengajak pemimpin berkenaan memeluk Islam.

Perlawaan tersebut dibuat ketika Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah bersama-sama Teresa Kok dan Zairil Khir Johari mengadakan perjumpaan bersama-sama penuntut Islam di sana, baru-baru ini.

Dalam satu entri di laman Facebooknya, pelajar berkenaan, Zaid Zainur Rashid berkongsi pengalamannya bertukar pandangan dengan Kit Siang sebelum menutarakan hasrat tersebut.

Ini saya serah sepenuhnya pada tafsiran dan kesimpulan pembaca. Program DAP.

Sebaik sahaja tamat program, panelis terus sembang dengan peserta sebelum ke sesi khas lebih kurang setengah jam. Sebelum ni moderator kata tak ada masa, ini banyak pula masa, tapi cantik strategi depa, nak "engage" peserta dengan lebih dekat dan lebih mesra. Saya perasan Kit Siang terus pergi ke 3 orang muslimat yang hadir di program ini.

Saya tunggu lks habiskan perbualan dengan muslimat tersebut. Habis saja saya terus menyapa beliau. Sembang-sembang, bertanyakan umur, tentang bukunya the right to differ dan beberapa isu kecil, kemudian saya tanya tentang pandangan beliau tentang islam.

"Yb, how's your view on islam, after forming the coalition? Do you experience or identify any significant change in your view towards islam as a way of life or…"

"You see, the coalition…bla bla"

Dia tak jawab soalan saya.

"No no, i mean you yourself, your view about islam, what do you think, since that one of the reason the coalition was formed -publically claimed- is to engage the non muslims or to "dakwah" so i just want to know how and what's your view about islam"

"Why do you think thay way ah? Just, why do you think about that? You really think it's very important? We have a lot of things, good governance, bla bla issues.."

Kemudian ada la beberapa orang peserta sempat masuk sembang sikit, tentang debat dengan al-attas, islamisasi abim tahun 80an dan lain sikit-sikit.

Bila mereka berhenti saya pun menyapa kembali tentang isu tadi, dan cakap

"…if that so, then i would like to invite you to embrace islam"

LKS, macam tak berapa dengar, "What? Sorry" dia tundukkan kepala, mendekatkan telinga pada saya.

Saya ulang, "i would like to invite you to embrace islam."

LKS patah balik, pandang saya.

"Invite me to islam ah? So..invitation..hmm..you see..sorry, you really think it's very important? You think it's the issue? I don't think so, right? Bla bla after all it's all about being a good person no matter what your religion is, right?"

Saya diam saja dulu. tiba peserta sebelah pula "hm hm" tak tahulah nak gelak atau mengiyakan.

Tak sempat saya nak buka mulut (mungkin sebab respon peserta di sebelah tadi) LKS terus "ok. by the way, thanks for the invitation ah" senyum dan pergi ke peserta lain, dan petugas pun sudah mula ajak ke bilik mesyuarat untuk sesi dalaman.

Kemudian saya bersembang dengan petugas DAP yang lain-berkenaan wala' bara', akidah dan projek islam-, diakhiri dengan saling bertegas untuk terus dengan perjuangan masing masing dan akan saling menentang antara kami, ISMA dan DAP, selepas itu barulah saya meninggalkan dewan untuk pulang ke rumah.

(20:47)
"Wassalamu 'ala manit taba'al huda"

0 Response to "PELAJAR MESIR BERANI AJAK LIM KIT SIANG PELUK ISLAM"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...