NASIHAT ABAM BOCEY - BAWA BAWA BERTAUBAT LAH







Abam bocey baru memenangi baru-baru ini telah mecentuskan kontroversi. Kerana nila setitik, habis susu sebelanga! Susulan kontroversi pelawak gila seks seperti yang didakwa oleh sebuah akbar tempatan sebelum ini, ramai pelawak lain yang terkena tempias.

Malah ada dalam kalangan peminat yg mula melabel semua pelawak di Malaysia sebagai gila seks. Atas faktor tersebut, Abam Bocey dan Tauke Jambu tampil menyelar tindakan pelawak tersebut.


Ramai Tuduh Saya – Tauke Jambu



Bercakap kepad@ media, Tauke ternyata kurang senang apabila orang ramai mula mengaitkan namanya dengan pelawak gila seks seperti yg dilaporkan.


Apabila berita ini keluar ramai yang menuduh saya sebagai pelawak yg dimaksudkan, namun saya merasakan perkara ini tidak adil bagi saya.

Mungkin sejarah yang menyebabkan orang menuduh saya. …tapi, teliti bukti yang ada serta jangan cepat jatuhkan hukum ke atas saya.

Sepatutnya orang ramai yg membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari.


Bawa-Bawa Bertaubatlah – Abam Bocey



Mengakui terkesan dgn kontroversi tersebut, Abam bagaimanapun minta agar pelawak terbabit bertaubat dan berkahwin saja. Kerana tindakan bodohnya, orang mungkin takut hendak berkawan dgn pelawak.


Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai gila seks.

Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.

Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit.

Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan. Bawa-bawa bertaubat.


0 Response to "NASIHAT ABAM BOCEY - BAWA BAWA BERTAUBAT LAH"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...